Thursday, February 9, 2017

Join Group ‘Skandal’, Suami Kantoi Dengan Isteri Kerana Kegatalannya.

Masalah rumah tangga yang berlaku dalam hidup pasangan suami isteri semakin hari semakin meruncingkan. Perkara ini mula berlaku disebabkan sikap curang pasangan masing-masing.

Peratus suami isteri bercerai kerana pasangan masing-masing curang adalah tinggi.


Teknologi dan kemodenan kini juga turut menjadi penyebab berlakunya perceraian. Disebabkan kelalaian dan sikap tidak jujur pasangan dalam melayari rumah tangga mereka.

Terbaru, group di Facebook yang menjadi kegilaan orang sekarang turut menjadi salah satu penyebab rumah tangga tergugat. Pasangan sering kali menyalahgunakan medium ini untuk menjalinkan hubungan sulit.

Tular di laman sosial apabila seorang lelaki telah ‘kantoi’ dengan isterinya menggatal di dalam sebuah group dengan nama ‘Kelab mencari skandal beramah mesra dan bermanja’.
“Terima kasih admin, Salam perkenalan, yang duduk di Kedah dan Pulau Pinang ada tak?” tulis lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, wanita didakwa isteri pada lelaki itu telah menulis di ruang komen status lelaki itu dan mencetuskan pergaduhan besar antara pasangan ini.

“ Abang buat apa dalam group ni. Siap abang balik nanti!” balas wanita itu.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa masih ramai kaum lelaki bergelar suami orang masih menggatal untuk menyertai group berkenaan.

Anak dan isteri tidak di jaga dengan baik, suami cuba mengambil keputusan mahu mencari ‘skandal’. Manusia tidak pernah puas, isteri dan anak-anak di depan mata langsung tidak dihargai. 

Sumber:  MissA/utaranews.com