Nak memancing tapi nak main redah je? Tak boleh tu bro..kadang-kadang kita kena ambil tahu juga potensi lubuk memancing untuk dapatkan hasil terbaik. Petua ini boleh digunapakai di laut, pantai, muara, sungai atau kolam. Moga bermanfaat untuk semua..
8 petua mengenalpasti lubuk ikan bermain:
1. Kesan burung di laut
Burung yang banyak di permukaan air menunjukkan kawasan itu banyak anak-anak ikan seperti bilis yang sering menjadi makanan ikan pemangsa yang lebih besar.
2. Reba @ tunggul kayu
Reba sering menjadi banglo ikan-ikan pemangsa seperti Sebarau, Siakap, MJ dan Kerapu.
3. Cari 'boiling' ikan
Geng casting gemar mengejar boiling ikan untuk mendapat strike. Boiling ini membawa maksud sedang ikan bermain di permukaan air.
4. Longgokan sampah hanyut
Jangan tak tau longgokan sampah juga menjadi tempat ikan tertentu bermain. Contohnya Pecah Periuk dan Telinga Gajah.
5. Alur kecil yang mengalir ke pantai
Alur atau sungai kecil ini adakalanya membawa sisa makanan ke laut yang mana ia menjadi tempat ikan tertentu berkumpul mencari makan.
6. Kenalpasti paloh ikan
Paloh atau laluan ikan boleh diketahui sewaktu air surut yang mana laluan ikan ini merupakan kawasan yang masih bertakung airnya, biarpun air surut sepenuhnya. Bila air pasang, kenalpasti kedudukan paloh itu dan campakkan umpan di kawasan tersebut.
7. Air terjun kecil
Kawasan anak sungai atau air terjun mini ini menjadi kawasan anak ikan berkumpul kerana kandungan oksigen terlarut yang tinggi. Disebabkan itu, ikan pemangsa juga aktif di kawasan ini untuk mengejar anak ikan.
8. Empangan
Kawasan empangan yang airnya mengalir juga menjadi kawasan pemangsa memburu anak-anak ikan.
Sumber: Profishganda | SBP