Tuesday, February 7, 2017

5 Punca Sakit Haid Pada Hari Pertama Yang Perlu Anda Ketahui.

Sakit haid merupakan kekejangan otot yang dirasakan pada perut bahagian bawah yang boleh merebak hingga punggung dan paha. Kesakitan pada wanita ketika haid boleh juga berlaku dengan cukup parah sehingga boleh mengganggu aktiviti sehari-hari. Sakit yang dirasakan akan muncul sebelum atau ketika sedang mengalami haid dan dapat bertahan selam dua hingga empat hari.


Kesakitan haid boleh menjadi masalah tesendiri, kerana hal ini pastinya sangat menyiksa bagi penderitanya. Oleh sebab itu, perlu anda ketahui dan pelajari apa penyebab dari kesakitan haid sehingga anda dapat mengetahui cara yang baik untuk mengatasinya.

Kategori Kesakitan Haid
  • Sakit haid primer merupakan sakit pada bahagian perut bawah yang terjadi kerana ketidakseimbangan hormon dan tanpa kelainan organ dalam pelvis. Hal ini sering dialami oleh sebahagian besar wanita normal. 
  • Sakit haid sekunder biasanya ditandai dengan adanya kelainan organ dalam pelvis. Sakit haid sekunder perlu dilakukan pemeriksaan yang serius. Kerana hal ini dapat disebabkan oleh adanya kista, miom atau ketumbuhan dalam rahim.
Ada beberapa faktor penyebab sakit haid pada hari pertama. Berikut ini beberapa diantaranya:

1. Pengecutan Rahim (Iskemia otot rahim)

Punca kesakitan haid pada hari pertama ini disebabkan kerana lepasnya dinding rahim akibat peningkatan prostaglandin. 

Hampir semua wanita mengalami kekejangan pada perut seperti ini yang biasanya muncul sesaat sebelum ata hari pertama haid, sakit haid ini biasanya berlangsung satu hingga tiga harian. Jika kontraksi pada rahim terlalu sengit, boleh mendorong pembuluh darah sehingga mengakibatkan bekalan oksigen ke tisu otot rahim terbantut dan menimbulkan rasa sakit yang sangat mengganggu.

2. Faktor Hormon

Dengan peningkatan pengeluaran hormon progesteron juga boleh menjadi penyebab sakit haid pada hari pertama. Hormon progesteron dihasilkan oleh rangkaian ikat kelenjar ovari, selepas melepaskan sel telur yang telah matang setiap bulan. 

Hormon ini dapat meningkatkan ketegangan mulut rahim hingga lubang mulut rahim menjadi sempit. Sehingga mengakibatkan, otot-otot rahim akan lebih kuat dalam mengecut untuk mengeluarkan darah haid melalui mulut rahim yang sempit. 
Pengecutan otot rahim inilah yang menyebabkan rasa sakit. 

Biasanya keluhan nyeri haid boleh berkurang atau hilang selepas kehamilan atau kelahiran anak petama. Kerana regangan pada waktu rahim membesar dalam kehamilan membuat ujung-ujung saraf pada rongga panggul dan sekitar rahim menjadi rosak.

3. Endometriosis

Endometriosis merupakan salah satu penyebab kesakitan haid pada hari pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila endometrium atau jaringan disepanjang AGRIS uterus pada rahim tumbuh keluar. 

Endometriosis biasanya ditandai dengan sakit yang tak tertahankan. Jika anda mengalami rasa sakit yang sengit dan tajam ketika haid, sebaiknya anda segera dapatkan pemeriksaan ke doktor untuk mengetahui apakah harus dilakukan rawatan lebih lanjut. 

4. Pelvic Inflammatory Disease (PID) 

PID iaitu jangkitan pada organ pembiakan wanita yang boleh disebakan oleh penyakit kelamin yang menular yang tidak segera diatasi. Penyakit ini juga boleh disebabkan oleh hubungan seksual. 

Gejala PID tidak boleh langsung terlihat, sehingga jika jangkitan ini tidak akan diatasi akan sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil. PID sering kali menjadi penyebab kesakitan haid pada hari pertama, akan tetapi kepentingannya tidak terlalu tinggi.

5. Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan benigna yang tumbuh pada dinding uterus. Kira-kira 30 peratus wanita pada usia 30 tahun keatas sering mengalami fibroid dan sehingga kini punca fibroid belum diketahui secara jelas. 

Fibroid biasanya ditandai dengan pendarahan yang cukup banyak pada rahim. Jika tumor ini berada cukup dekat dengan rahim atau menghambat aliran darah ke lapisan tersebut akan menimbulkan rasa sakit tiba-tiba yang berpanjangan. 

Demikian punca kesakitan haid pada hari pertama. Kesakitan haid biasanya dapat diredakan dengan urutan, mandi air hangat atau berbaring dengan kaki diangkat. Namun kesakitan haid juga perlu segera anda dapatkan pemeriksaan ke doktor jika berlaku pendarahan yang berlebihan, tempoh haid yang lebih lama, disertai demam, atau sakit yang timbul secara tiba-tiba dan terasa sengit pada punggul. 

Perlu anda ketahui bahawa artikel ini sepenuhnya bukan karya sentiasabikinpanas.com. Mohon maaf jika ada kesalahan dalam penulisan dan pemasangan gambar. Semoga bermanfaat.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: