Janggut merupakan budaya untuk lelaki sejagat dan tidak hanya milik negara, suku, atau agama tertentu. Lelaki di berbagai wilayah dunia terkadang memanjangkan rambut di dagunya itu untuk lebih kelihatan jantan serta maskulin.
Namun bagi beberapa lelaki ini janggut bukan hanya lambang kejantanan namun lebih dari segala-galanya. Janggut boleh jadi nyawa, kebanggaan, bahkan idealisme yang maknanya hanya difahami oleh kaum adam ini. Itu sebabnya mereka memberikan waktu khusus demi menjaga keindahan rambut dagunya.
Dipetik dari pelbagai sumber seperti laman guinnessworldrecords.com dan akhabar The Daily Mail, inilah 4 Lelaki Dengan Janggut Terpanjang Di Dunia:
1. Hans Langseth
Hans Langseth yang lahir di Norway pada 1846 ini masih tercatat sebagai lelaki dengan janggut terpanjang sepanjang zaman. Panjang rambut di dagunya mencapai kepanjangan kira-kira 5.3 meter.
Langseth meninggal dunia pada 1927 di Iowa, Amerika Syarikat setelah belasan tahun menjadi penduduk yang menyalahi undang-undang di negara itu. Hingga kini kematian lelaki itu masih menjadi misteri. Menurut khabar dia tewas sebab tercekik janggutnya sendiri.
2. Sarwa Singh
Ini lelaki di kedudukan kedua janggut terpanjang didunia. Sarwa Singh sudah lama cuba memiliki rambut panjang di dagunya, selepas 15 tahun dia boleh melihat hasilnya. Janggutnya tumbuh dengan baik.
Singh yang penganut Sikh ini sangat mengidolakan janggutnya. Dia juga mengatakan janggut sesuai dengan budaya dan tradisi keyakinannya meski kerap tersandung rambut itu kala berjalan.
3. Jack Passion
Jack Passion berasal dari Amerika Syarikat membesar sebagai pemuzik rock, penulis, dan pengusaha. Dia kerap memenangi pelbagai pertandingan janggut kategori natural. Janggutnya sepanjang 100 sentimeter.
Namun sayang janggut ini khabarnya telah dipotong lantaran ada projek lain mesti dilakukan tanpa janggut. Rambut dagunya sudah dipanjangkan selama lapan tahun ini harus dicukur agar Jack tampil sedikit rapi.
4. Michael Legge
Satu lagi gelaran janggut terpanjang diraih oleh lelaki berasal dari tanah Inggeris ini. Michael Legge mendapat gelaran lelaki dengan rambut dagu paling menjuntai kira-kira 70 sentimeter. Empat tahun diperlukan oleh Legge untuk janggutnya panjang. Tidak hanya merawatnya dengan syampu dan pelembut, dia juga memasker janggutnya dua minggu sekali.
INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: