Sebelum kita baca petua menyembuh ulser mulut secara semulajadi. Marilah kita fahami dahulu apa itu ulser mulut, punca berlakunya ulser dan tanda-tanda berlakunya ulser mulut.
Setiap orang pasti tak terlepas dari terkena ulser, terutamanya ulser dalam mulut. Kadang-kadang sampai tak lalu makan, sebab sakit dan ulser terlalu banyak. Sebenarnya, ulser mulut bukanlah penyakit, tapi merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada.
Oleh itu, mengenalpasti punca lepuh dan ulser mulut adalah penting untuk rawatan sewajarnya serta pengendalian pesakit. Biasanya ulser mulut mengambil masa 3-4 hari untuk berkurangan, dan 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
Lama tu...terseksa jiwa raga bila kena ulser ni, nak sembang pun tak mampu, nak makan lagilah seksa. Tambah pulak bila makan benda pedas, hanya Allah jela yang tahu azabnya, Jadi hari ini saya nak kongsikan dengan anda info mengenai ulser mulut.
Jom kita baca info selanjutnya:
Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut. Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Tanda-tanda anda menghidap ulser mulut:
- Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak.
- Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
- Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
- Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka.
Sebab-sebab terkena ulser mulut
Dua penyebab utama luka mulut adalah ulser afta berulang dan trauma/ kecederaan (sebagai contoh daripada tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna)
Penyebab yang lainnya adalah:
- Kecederaan pada lapisan nipis mulut disebabkan tergigit bibir, makan makanan yang tajam atau pun air yang terlalu panas smpai melecur mungkin.
- Kekurangan zat dalam tubuh badan macam zat besi dan acid folic
- Tekanan perasaan
- Imuniti badan yang lemah
- Jangkitan virus merupakan jangkitan yang paling kerap berlaku (contoh: cacar air, kayap, cold sores, penyakit tangan kaki dan mulut). Bakteria (contoh: acute necrotizing ulcerative gingivitis, sifilis, tuberkulosis). Infeksi kulat (contoh: histoplasmosis, mucormycosis)
Petua Secara Semulajadi yang boleh didapati di dapur anda:
Petua 1: Air Garam
Ini adalah adalah cara tradisional dan menjadi pilihan ramai sejak dari dulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan di mulut akibat luka. Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut sembuh dengan cepat malahan air garam juga dapat mencegah jangkitan pada mulut kita.
Petua 2: Baking Soda
Baking Soda dicampurkan kedalam air bersama garam dan seterusnya dikumur. Lama - kelamaan saiz luka ulcer akan berkurang.
Petua 3: Air Kelapa
Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk disamping membekalkan vitamin dan sumber mineral yang berguna kepada badan kita. Selain menurunkan suhu badan, ia juga dapat menyembuhkan ulser mulut.
Petua 4: Marjerin
Marjerin dsapukan di luka ulser mulut anda. Amalkan setiap hari sehingga sembuh. Petua ini juga baik untuk kanak-kanak kerana marjerin tidak menyakitkan mereka .
Petua 5: Madu
Madu adalah penawar semulajadi yang amat berkesan apabila merawat ulser mulut kerana dalam kandungan madu mempunyai pelbagai mineral dan vitamin yang berguna kepada badan kita. Caranya hanya perlu letak di bahagian luka ulser dan kesannya ulser akan semakin mengecil. Petua ini juga bagus untuk kanak-kanak.
Sumber: Kevin Zahri | SBP