Saturday, December 17, 2016

Dr. Jeffery Kitingan Diangkat Sebagai 'Paramount Thinker' Atau 'Huguan Siou Lundu Mirongod'.

Sejarah baru dicipta pada 16 haribulan lalu, president BDF (Borneo Dayak Forum), Dr. Jeffrey Kitingan telah dilantik menjadi "Huguan Siou Lundu Mirongod" atau "Paramount Thinker".


Jikalau abang Dr. Jeffrey Kitingan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diangkat menjadi "Paramount Leader (Huguan Siou)" untuk kaum Dusunic dan Murutic di North Borneo, Dr. Jeffery pula diangkat sebagai "Paramount Thinker" atau "Huguan Siou Lundu Mirongod". Title Huguan Siou merupakan suatu gelaran untuk seorang pemimpin perang pada zaman dahulu kala, yang pada saat ini diberikan konotasi baru sebagai title untuk pemimpin ethnic. 

Gelar Huguan Siou itu diberikan oleh suku Dusun Tangara (Kadazan) kepada abangnya (Tan Sri Joseph Pairin) pada tahun 1984 sementara gelar "Lundu Mirongod" pula diberikan kepada Jeffery Kitingan oleh suku Dusun Tindal dari Kota Belud, North Borneo. Kedua-dua tokoh ini merupakan adik beradik, Dr. Jeffery adalah adik kepada Tan Sri Joseph Pairin yang juga rival beliau dlm politik.

Dalam bahasa Dusun dialek Tindal, Lundu Mirongod merupakan gelaran yang memiliki erti "Pemikir Agung" atau "Pemimpin Berwawasan". Dalam dialek Dusun Bundu-Liwan pula title itu dikenali dgn istilah "Lundu Pulanu"

Gelaran itu diberikan kepadanya kerana pencapaian beliau dalam beberapa bidang terutama dalam intelektual dan sehingga memberikan kesedaran intelektual juga bagi rakyat Sabah terutama dalam sosio-politik (KD). Gelaran ini merupakan sebuah gelaran yang bertujuan untuk mengangkat seorang individu yang paling berjaya dalam bidang intelektual sebagai simbol sekaligus contoh bagi masyarakat peribumi Borneo yang memiliki pencapaian intelektual tertinggi.

Gelaran ini amat sesuai untuk Dr. Jeffrey, kerana beliau merupakan orang pertama di North Borneo (mungkin juga di seluruh Borneo?) yang mendapat gelaran PhD dari Harvard University. Perlantikan ini dipimpin oleh Chief Bobolian Dusun yang bernama "Bobolian Aman Sirom Simbuna OT. Tarantab", melalui adat istiadat Dusun Tindal, Kota Belud. Upacara diadakan di Kg. Bangkahak, Kota Belud. Bobolian Aman Sirom Simbuna merupakan Chief Bobolian Dusunic, yang juga penjaga warisan adat istiadat dan kebudayaan Dusunic.
Dalam upacara ini, beberapa pemimpin Dayak dari Kalimantan, Indonesia juga datang terutama perwakilan dari Majlis Adat Dayak Nasional (MADN), Dewan Adat Dayak (DAD), Dayak National Congress, dan juga perwakilan-perwakilan Dayak dari Sarawak. Dr. Jeffrey sebelum ini sudah tiga kali menolak tawaran untuk diangkat menjadi "Lundu Mirongod", kerana beliau bimbang title tersebut akan mengundang salah faham dari rakyat sebagai title untuk menyaingi Huguan Siou. 

Walau bagaimanpun, setelah beliau diangkat menjadi president BDF (Borneo Dayak Forum) pada tahun 2010, barulah beliau menerima tawaran tersebut. Beliau menegaskan bahwa gelaran Huguan Siou dan Lundu Mirongod merupakan dua gelaran yang berbeza dan tidak bermaksud untuk menyaingi Huguan Siou. Beliau ditahbis menjadi "Lundu Mirongod Lundu Pulanu" pada 12/16/2016 lalu.