Showing posts with label info dalam negara. Show all posts
Showing posts with label info dalam negara. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Semakan Keputusan SPM 2016.

Check SPM 2016 Results (16 March 2016) | Bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2016 yang lalu, anda kini sudah boleh menyemak keputusan SPM 2016 secara online dan sms untuk mengetahui keputusan yang diperolehi.


Calon-calon SPM 2016 juga boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada (khamis) hari yang sama keputusan sebenar dikeluarkan.

Manakala bagi calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Disamping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM 2016 melalui cara mySMS bermula jam 10.00 pagi.

Panduan Semakan Keputusan SPM 2016 melalui perkhidmatan mySMS:
  • Taip: SPM < jarak > No Kad Pengenalan < jarak > Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Contoh: SPM 990511088536 AG012K018 hantar ke 15888
Panduan Semakan Keputusan SPM 2016 melalui Online:
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia dan klik "Papar keputusan".

Semakan keputusan menerusi laman web hanya akan memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Semoga berjaya buat adik-adik semua.


Friday, February 17, 2017

Akibat Melampaui Batas, Suami Isteri Ini Nekad Saman JAWI Untuk Memberi Pengajaran Supaya Lebih Beradab...

Sepasang suami isteri hari ini memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kerajaan Malaysia susulan penangkapan dan penahanan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas, walaupun mereka telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.


Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguatkuasa agama JAWI, ketua pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman sivil tersebut telah difailkan oleh tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita menyerbu hotel tersebut pada jam 1:30 pagi pada 8 Januari lepas.
Ridhuan memaparkan gambar sijil nikah mereka kepada pegawai-pegawai JAWI. Tetapi pegawai lelaki JAWI didakwa menyerbu masuk walaupun Siti Sarah minta diberi peluang memakai pakaian dengan sempurna, tetapi mereka terus mengambil gambar dan video.

Siti Sarah ketika itu hanya memakai singlet tanpa lengan dan seluar pendek.

Mereka mendakwa ketika Ridhuan dibawa ke lobi hotel, Siti Sarah masih berada dalam bilik bersama pegawai penguat kuasa Jawi lelaki.

Siti Sarah didakwa diminta memakai baju dengan kehadiran pegawai lelaki tersebut. Mereka kemudian dibawa ke Jawi dan dikurung di bilik berasingan.

Ibu Ridhuan kemudian datang membawa sijil pernikahan asal pada malam yang sama untuk mendapatkan pelepasan mereka tetapi mereka enggan terima sijil itu.

Mereka mendakwa penahanan mereka adalah tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi mereka.

Sumber: Malaysiakini

Keputusan STPM 2016 Akan Dikeluarkan Pada 28 Februari Ini.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan dikeluarkan pada 28 Februari ini. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Dr Jamil Adimin, berkata seramai 43,325 calon menduduki STPM tahun lalu, membabitkan 738 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Sehubungan itu, katanya, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan, mulai jam 12 tengah hari.

Semakan Keputusan STPM 2016 pada 28 Februari ini

“Calon persendirian individu pula akan memperoleh keputusan STPM mereka melalui pos,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Jamil berkata calon boleh menggunakan kaedah semakan lain menerusi SMS dengan menaip STPM RESULT dan hantarkan ke 15888.
Beliau berkata semakan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

#INFO

* 42,845 - calon sekolah kerajaan.

* 264 - calon sekolah swasta.

* 114 - calon persendirian individu.

* 12 - calon sekolah kerajaan negeri.

| SBP

Wednesday, February 8, 2017

Proton Bakal Menjadi Produk 'Made In China'?

Sindrom menjual kepada China nampaknya berterusan lagi walaupun setelah sekian banyak diserahkan kepada negara tersebut.

Kini, rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga bakal dijual kepada syarikat dari China.


Syarikat pembuat kereta China, Geely, dilaporkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.

Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri.

Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan, hakikatnya inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.

Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebih kepada "jurujual".
Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan ditemui dalam Utusan dan TV3 sebab kalau boleh biar orang kampung dan makcik Felda tidak tahu apa-apa mengenai penjualan proton kepada China.

Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?

Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?

Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?

Maka, apa akan jadi kepada Proton akhirnya?

Sumber: shahbudin

Tuesday, January 31, 2017

'Graduan Tajaan PTPTN Sangat Kasihan. Tak Bayar Kena Block. Nak Bayar Pakai Apa, Kalau Peluang Pekerjaan Pun Susah Sekarang Ni? ' - Ahmad Idham.

Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkongsikan pandangannya mengenai tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengenakan sekatan keluar negara terhadap peminjamnya yang dianggap sebagai satu tindakan yang tidak wajar. 


Tweet Ahmad Idham itu mendapat banyak reaksi dari netizen yang rata-ratanya menyokong pandangannya. 

"Kasihan saya dengan graduan under PTPTN. Tak bayar, kena block. Nak bayar macam mana kalau peluang pekerjaan pun susah sekarang ni? Adik ke (tindakan seperti ini) pada mereka? Terfikir, kenapa sampai nak kena block Imigresen? Kerajaan dah tak percaya pada rakyat sendiri ke? Bukan ke rakyat yang pilih kerajaan?

"Kalau yang baru kerja, gaji pun cukup-cukup nak bayar keperluan asas saja, kan. Kos saraan hidup kini tinggi, beban hutang belajar lagi, nak tanggung tu. Bukan ke lagi bijak bukakan peluang untuk mereka bekerja di luar negara. Bolehlah mereka menjana pendapatan untuk bayar hutang belajar. Ini (tidak) terus hukum, bukan bagi solution. 

"Maaf, saya bersuara sebab saya risaukan masa depan generasi muda kita. Peluang pekerjaan semakin sukar. Syarikat sudah banyak ditutup. Syarikat besar pun buang pekerja. Jadi?
"Saya sering tertanya-tanya, adakah dengan dijatuhkan sekatan Imigresen pada graduan ini merupakan satu bentuk 'hukuman untuk mendidik' atau untuk menekan? Dikatakan belia adalah masa depan negara, adakah ini salah satu pelan mendidik remaja untuk persiapkan mereka di masa depan? Terus terang saya amat risau akan modul mendidik jika inilah caranya," katanya. 

Sementara itu, segelintir netizen berpendapat bahawa mereka juga bimbang dengan masa depan anak-anak mereka di masa depan jika tidak mendapat pinjaman PTPTN hanya disebabkan oleh peminjam terdahulu enggan membayar balik pinjaman.

Selain itu, netizen juga menjelaskan PTPTN tidak akan mengenakan sekatan sesuka hati terhadap peminjamnya.

"PTPTN hanya akan block peminjamnya yang sudah lama tidak membuat berbayaran atau ada tunggakan lama. Bukannya baru grad dah diblock. Hutang tetap hutang, larilah macam mana pun, hidup akan rasa tak tenang," kata Ayumi.

| SBP

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bagi Bulan Februari 2017.

Harga runcit rasmi Petrol RON95, RON97 dan Diesel untuk bulan Februari 2017 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Januari 2017 iaitu pada hari Selasa, 31 Januari 2017.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan. 

Berikut adalah Harga Minyak Petrol Dan Diesel Terkini Bulan Februari 2017 melalui kaedah pengapungan terkawal:

  • RON95: RM 2.30 seliter
  • RON97: RM 2.60 seliter
  • DIESEL: RM 2.15 seliter
Jadual Terkini Harga Minyak Petrol Dan Diesel Setiap Bulan

Berikut adalah harga minyak petrol dan diesel untuk 6 bulan terakhir selepas sistem apungan terurus yang diperkenalkan pada bulan Disember 2014.

| SBP

Friday, January 27, 2017

Pembayaran Fasa Pertama BR1M 2017 Pada 18 Februari.

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini akan pada 18 Februari. 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. 


"Bagi mereka yang tidak mengemukakan maklumat akaun bank, baucar BR1M akan diedarkan kepada penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam satu kenyataan, di sini, sebentar tadi. 

Husni berkata, pemberian BR1M bagi kategori isi rumah akan diagihkan dalam tiga peringkat pada tahun ini iaitu pada 18 Februari, Jun dan Ogos.
Isi rumah berpendapatan RM1,000 ke bawah sebanyak RM1,200 dan isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 sebanyak RM900, manakala individu sebanyak RM400. 

Beliau berkata, bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas. 

"Tuntutan SKK boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN dengan mengemukakan dokumen kematian yang sah dan kad pengenalan asal waris. Hanya waris yang dinamakan dalam borang saja yang layak untuk menuntut SKK. 

"Bagi penerima yang belum mengemas kini maklumat waris, pengemaskinian boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhampiran," katanya. 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta e-mel kepada br1m@treasury.gov.my.

Sumber: bharian online | SBP