Tau tak betapa happy nya lea bila anak masuk kristian tanpa perlu dihasut dan dipaksa. Kami baptist seminggu sebelum berpuasa 2015.
Setiap pagi lea dan suami bangun siapkan sahur utk anak anak. Walaupun kami tak puasa tapi kami tak tunjuk. Kami sahur sama sama. Dorang puasa kami tak puasa. Dorang berbuka kami berbuka juga. Kami pergi bazar ramadhan. Beli apa yg dorg suka. Anak anak lea suka apom balik kat bazar ramadhan tasik permaisuri. Apom balik kesukaan dorang coklat dan pulut hitam.
Sepanjang bulan puasa, dorang berpuasa tanpa skip sehari pun walaupun yg berumur 7 tahun. Sebab selama kami berpuasa, lea didik dorg berpuasa bermula umur 5 tahun untuk setengah hari. Bila 6 tahun dorang belajar berpuasa penuh dah. Tak mengeluh..
Tapi Satu hari anak kami perasaan lea masak sesuatu waktu dorg tak ada. Tapi dorang diamkan. Dorang sangka lea ni datang period. Tapi bila ada masa dorang terperasaan lagi...dorang buat meeting adik beradik. Dorang tanya kenapa mummy tak puasa, lea tak bagitau sebab sebalik nya lea cakap kalau dorang tak nak puasa selepas ni lea tak marah. Tapi sorang pun tak layan apa lea kata, dorang masih berpuasa.
Sampai lah habis berpuasa, nak raya kan...lea sakan beli baju raya, kasi duit raya, kuih raya semua lea siapkan utk dorang. Tapi kan lea dan suami tak beli baju raya. Kami kata kami raya krismas. Anak anak tak pula terkejut sbb tau ada sesuatu yg tak kena. Lepas raya anak sulung lea wakil adik beradik dia tanya sekali lagi kenapa lea tak raya..lea bagitau, "mummy dady bukan islam lagi. Kalau korang nak teruskan mummy tak marah tak halang. Kita tetap family. Kelas agama tetap mummy daddy bagi pi. Nak solat nak puasa semua buat lah. Buat ja apa korang nak, tapi kalau nak jadi kristian pun mummy tak halang.
Hairannya dorang tak terkejut.
Dorang kata masih nak ikut islam..lea bagi ja. Anak lea tetap buat part dorang sebagai muslim.
Hinggalah dorang perasaan perubahan yg sangat ketara. Sepanjang lea mencari jawapan untuk diri lea, lea kerap jauhkan diri, tak bertegur sapa dgn suami...berpisah tempat tidur dan mcm mcm lagi. Tapi apa yg dorg sedang lihat kedamaian. Kasih sayang. Cinta. Tolak ansur. Sabar dan macam macam lagi.
Sekali lagi dorang buat meeting. Satu hari si abang datang, cakap "abang nak jadi kristian."
Bayangkan sepanjang 3 bulan kami tinggal satu bumbung berlainan agama, sekali pun tak pernah bercerita tentang kristian, tentang Jesus..tapi dorang diam diam cari siap tu Jesus..siapa yahweh..ajaran kristian macam mana...dorang guna teknologi yg ada. Dorang guna kitab yg lea ada tanpa lea perasaan.
Sungguh lah tuhan sangat terbaik..
Bila si abang dan sikakak bagitau dorang nak jadi kristian, lea tanya kenapa tetiba nak jadi kristian. Dorang jawab simple sebab, "jesus ubah mummy daddy berbaik balik".
Seorang lagi, "sebab doa mummy selalu termakbul sekarang, tuhan betul saja akan jawab doa kita".
Ada yg cakap, " sebab tuhan mummy bagi mummy dgn daddy bercinta (dia nak maksudkan kasih sayang)"..
Yg paling terharu, "family kita aman dah".
Lepas seminggu lea bawa dorg jumpa pastor. Lepas beberapa kali jumpa dan cerita tentang christianity...dorang pun baptist. 2 org baptist 3 org dedication....
Dorang ni banyak miracle yg dorang lalui dan alami.
Banyak yg tuhan bagi kat dorang.
Doa anak kecil tuhan suka dengar.
Jadi ajarlah anak korang berdoa pada yg percaya Tuhan.
INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
Kredit:- Sharifah Farl