Sebuah kisah benar tentang pengguguran yang mungkin boleh menyedarkan orang-orang yang hendak melakukan pengguguran. Kisah ini datang dari seorang wanita muda dari Amerika Syarikat.
Dua tahun lalu, wanita muda yang dirahsiakan namanya ini hamil di luar nikah. Dia mengandung anak dengan kekasihnya. Namun malangnya, kekasih yang telah menghamilkannya itu berlaku curang.
Pada masa itulah fikirannya mula bercelaru. Jalan pintas untuk membuang bayi yang ada di dalam kandungannya sudah terdetik difikirannya.
Hingga suatu ketika, dia pun datang ke sebuah klinik pengguguran. Pada masa duduk di bangku menunggu barisan, dia sangat bingung dan cemas dengan keputusannya itu. Malah dia sempat menangis.
"Hari itu, swaktu di klinik pengguguran saya begitu bingung. Teman lelaki saya berlaku curang pada saya. Sedangkan saya sedang mengandung anaknya. Saya terus mengatakan pada diriku sendiri, aku sendirian saya perlu melakukan ini (pengguguran)," dia mengimbas kembali saat itu.
Hingga akhirnya namanya dipanggil untuk masuk ke dalam ruangan pengguguran. Perasaan cemas dan bingungnya itu semakin menjadi saat dia masuk ke bilik. Namun keputusannya tetap dibuat.
Sebelum melakukan pengguguran, seorang wanita yang memanggilnya tadi mengajaknya berbincang sambil mengambil dompetnya. Apabila mengambil dompet, tiba-tiba saja sebuah kad terjatuh dan dia mengambilnya.
Wanita itu berkata, "Simpan saja itu untukmu!" Ujarnya lalu pergi.
Di atas kad itu terdapat tulisan yang berjaya mengurungkan niat wanita tersebut.
"Jangan takut, banyak orang tercinta menyertai kamu. Jangan berkecil hati, kerana orang-orang terdekat kamu mencintaimu. Aku akan menguatkan kamu dan membantu kamu," demikian bunyi tulisan dalam kad itu.
Wanita itu terus tersentak. Dia terus sedar bahawa keputusannya itu adalah satu kesilapan besar. Dia pun berlalu pergi dan memutuskan untuk melahirkan bayinya dan menjaganya hingga besar.
Kini, kanak-kanak yang ingin dibuangnya itu telah lahir ke dunia dan diberi nama Vaida.
"Saya fikir itu adalah cara Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa rencana-NYA tak akan pernah terduga," tuturnya. | Sentiasabikinpanas