Wednesday, September 28, 2016

Norsakinah Naim, Pelajar Malaysia Hilang Di Perancis.

SEORANG pelajar Malaysia, Norsakinah Naim, 19, yang sedang menuntut di sebuah universiti di Perancis dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.


Sakinah tidak pulang kerumah sejak Jumaat lalu dan disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.

Berasal dari Sungai Petani Kedah, Sakinah merupakan pelajar tahun pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di IUT De Rouen mengambil jurusan kejuruteraan kimia.
Rakan serumah Sakinah memberitahu bapanya, Naim Awang bahawa mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Sakinah di rumah sewa mereka.

Guru kaunselor Sakinah di Sekolah Mengengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu juga memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.

Walau bagaimanapun, guru tersebut ada menghubungi Sakinah semula pada hari Sabtu, tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.

Tambah Naim, dia dan isterinya hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar anaknya berada dalam keadaan yang sihat dan selamat serta dijumpai dalam masa yang terdekat.

Sumber: Mynewshub