Suatu hari, seorang wanita sedang menunggu di lapangan terbang. Masih ada masa beberapa jam lagi sebelum jadual penerbangannya tiba. Untuk membuang masa, dia membeli buku dan seplastik kuih di kedai lapangan terbang, lalu mencari tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya.
Dalam keasyikannya, dia melihat ada seorang lelaki di sebelahnya dengan begitu berani ikut menikmati kuih yang berada diantara mereka. Tak mau ambil pusing, wanita tersebut cuba mengabaikan agar tidak berlaku kekecohan.
Dia tetap membaca, mengunyah kuih sambil sesekali melihat jam. Sementara si Pencuri Kuih yang berani menghabiskan bekalannya. Dia semakin kesal sambil menunggu minit-minit berlalu. Wanita itupun sempat berfikir kalau aku bukan orang baik, sudah ku tampar dia!
Setiap dia mengambil satu kuih, si lelaki juga mengambil satu. Ketika tinggal hanya satu kuih terakhir, dia bertanya-tanya apa yang akan dilakukan lelaki itu. Dengan senyum tawa di wajahnya dan tawa gugup, si lelaki mengambil kuih terakhir dan membahaginya menjadi dua.
Si lelaki menawarkan separuh miliknya, sementara dia makan yang separuhnya lagi. Si wanita pun merebut kuih itu dan berfikir, "ya ampun orang ini berani sekali dan dia juga kasar, malah dia tidak kelihatan ingin berterima kasih sama sekali".
Belum pernah rasanya dia sekesal itu. Dia menarik nafas lega apabila nombor penerbangannya diumumkan. Dia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu masuk. Kerana masih kesal, ia menolak untuk menoleh pada si 'pencuri yang tak tahu terima kasih'.
Setelah sampai di dalam pesawat dan duduk di kerusinya. Dia pun mencari buku yang hampir selesai dibacanya. Apabila dia membuka tasnya, dia menahan nafas dengan penuh kaget. Matanya terbeliak melihat apa yang ada di dalam begnya, disitu ada sebuah seplastik kuihnya.
"Apa, kuih milikku ada di sini," berbisik dengan patah hati. "Jadi kuih tadi memang miliknya dan dia cuba berkongsi". Terlambat untuk minta maaf, dia bersandar sedih. Bahawa sesungguhnya dialah yang kasar, dialah yang harusnya ditampar dan dialah si pencuri kuih yang tak tahu terima kasih itu.
Dalam hidup ini kisah pencuri kuih seperti tadi sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri (subjektif), serta kita selalu saja berprasangka buruk terhadap orang lain.
Orang lainlah yang selalu salah, orang lainlah yang patut disingkirkan, orang lainlah yang tak tahu diri, orang lainlah yang berdosa, orang lainlah yang selalu bikin masalah, orang lainlah yang perlu diberi pelajaran, orang lainlah yang selalu bikin panas.
Padahal kita sendiri yang mencuri kuih tadi. Kita sering mempengaruhi, memberi komen, mencemuh pendapat, penilaian atau gagasan orang lain sementara sebetulnya kita tidak tahu betul permasalahannya. Semoga menjadi renungan untuk kita semua :) | SBP