Anda jenis orang yang makan menggunakan tangan? Kebiasaan ini mungkin telah menjadi budaya di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya di beberapa daerah. Banyak orang percaya menggunakan tangan ketika makan, membuat makanan lebih terasa sedap. Selain itu, percayalah, makan menggunakan tangan mempunyai banyak manfaat kesihatan.
Mengikut catatan ajaran Ayurvedic, setiap jari merupakan lanjutan daripada lima elemen. Anak-anak pada usia kanak-kanak kecil akan menghisap ibu jari kerana ini adalah cara semulajadi untuk membantu pencernaan.
Selain itu, jari telunjuk merujuk pada udara, jari manis merujuk bumi, jari tengah adalah api, dan jari kelingking adalah air. Ketidakseimbangan setiap elemen ini menyebabkan banyak penyakit atau gangguan dalam tubuh.
Apabila kita makan, jari dan ibu jari akan bersama-sama menjaga keseimbangan. Jika anda mengalami gangguan pencernaan, cubalah makan dengan tangan kerana hujung jari mempunyai sensasi saraf dalam tubuh.
Berikut ada beberapa manfaat kesihatan dari makan menggunakan tangan menurut The Healtsite.
1. Memperbaiki pencernaan
Apabila kita menyentuh makanan dengan tangan kita, otak memberi isyarat perut kalau kita akan makan. Kebiasaan ini membantu pencernaan lebih baik kerana kita akhirnya fokus pada makanan dan sedar memegang seberapa besar jumlahnya.
2. Melindungi mulut
Tangan juga boleh bertindak sebagai sensor suhu yang sangat berkesan. Apabila anda menyentuh makanan panas misalnya, hal ini dapat mencegah mulut dari sensasi terbakar.
3. Mengurangkan risiko diabetes
Sebuah kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Nutrition mendapati, makan cepat berisiko tinggi mengalami diabetes jenis 2. Jika anda perhatikan, seberapa sering anda menggunakan alat makan? Mungkin anda boleh cuba menggunakan tangan ketika makan, dan lihat kelajuan yang boleh dikurangkan.