Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo beranggapan hanya individu bermasalah mental tergamak bertindak mengaibkan orang lain.
David berkata demikian semasa mengulas mengenai dalang di sebalik penyebaran imej bogel didakwa salah seorang pelakon di bawah naungannya, Atikah Suhaimie.
"Pada pendapat saya, seseorang dengan pemikiran demikian saja mempunyai tabiat menjatuhkan insan lain atas kepentingan diri," katanya.
David ditemui pada majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning terbitannya di Petaling Jaya malam tadi.
Nama Atikah, 25, aktres kelahiran Singapura sedang hangat diperkatakan berhubung kontroversi gambar bogel dikatakan dirinya bersama pelakon Idris Khan, 28.
Bagaimanapun Atikah ketika diwawancara semalam menafikan imej terbabit adalah dirinya.
Dalam pada itu, David menegaskan kemelut artis di bawah pengurusannya itu bukanlah strategi tersendiri yang dicetuskan semata-mata untuk melariskan filem keluaran MIG.
"Takkan nak bunuh artis sendiri untuk jadi jutawan?
"Kontroversi sebegini tidak perlu dibuat malah gambar itu juga bukan disiarkan oleh saya," katanya.
Kata David, dia begitu yakin gambar bogel terbabit diedarkan oleh seorang individu dan bukan dilakukan secara berkumpulan.
Katanya, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya selepas siasatan dilakukan.
"Pihak kami kini sedang mengumpul segala bukti berkaitan dan ia sudah dilakukan sejak tahun lalu apabila pertama kali isu ini tercetus. Atikah bersalah atau tidak itu bukan lagi menjadi persoalan.
"Perkara ini harus dihentikan dan Atikah sendiri sudah meminta maaf. Kita tidak perlu menghukum seseorang seumur hidup hanya satu kesalahan sedangkan Tuhan juga memaafkan hamba-Nya," katanya.
INI PUN MENARIK JUGA DIBACA:
INI PUN MENARIK JUGA DIBACA:
Sumber: Malaysiakini | SBP