Tuesday, September 13, 2016

Inilah 4 Bidang Pekerjaan Dengan Angka BUNUH DIRI Tertinggi.

Apakah pekerjaan yang anda lakukan pada masa ini mencetuskan anda untuk bunuh diri? Menurut laporan terbaru di Amerika Syarikat, angka bunuh diri terus meningkat dari tahun 2000 hingga 2016, dan kebanyakan daripada mereka berusia dari 16 tahun ke atas. 


Apakah bidang pekerjaan tersebut? Berikut ulasannya, seperti yang dilaporkan oleh WebMD: 

1. Petani, Pelaut dan Perhutanan 

Pekerjaan seperti bertani, pelaut dan perhutanan rupanya menduduki kedudukan tertinggi dengan angka 83 orang bunuh diri bagi setiap 100,000 orang. 

Pada laki-laki angkanya lebih tinggi lagi, kira-kira 90,5 bunuh diri bagi setiap 100,000 orang. Puncanya mungkin kerana tempat kerja yang terpencil, persekitaran kerja yang membuat stres, pendapatan dan pendidikan yang rendah, dan kurang akses ke perkhidmatan kesihatan terdekat, "kata pemimpin penyelidik, Wendy Likamwa McIntosh yang merupakan saintis kesihatan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. 

"Petani mempunyai faktor risiko seperti pengasingan sosial dan keengganan untuk mencari perkhidmatan kesihatan," kata McIntosh. Laporan itu juga mencatatkan bahawa pendedahan kepada racun perosak masa bekerja boleh memberi kesan kepada sistem saraf mereka dan menyumbang kepada kemurungan. 

2. Pembinaan dan Ekstraksi 

Kedudukan kedua diduduki oleh pekerja pembinaan dan pengekstrakan yang mempunyai angka bunuh diri 53 per 100,000 orang. 
Hal tersebut disebabkan kerana kekurangan pekerja tetap, ruang yang terpencil dan komuniti yang berpecah-belah yang boleh menyebabkan pendedahan jangka panjang yang boleh merosakkan sistem saraf mereka. Hal ini menyumbang terhadap kehilangan memori dan kemurungan. 

3. Pemasangan, Penyelenggaraan dan Pembaikan 

Selanjutnya pekerjaan-pekerjaan yang mencetuskan angka kemurungan dan bunuh diri adalah mereka yang berkerja di bidang pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan yang mencapai 48 per 100,000 orang. 

4. Rawatan dan Perkhidmatan Peribadi seperti Administratif 

Kedudukaan terakhir untuk kes bunuh diri diduduki oleh kerja-kerja pentadbiran yang memerlukan ketekunan dan ketelitian. Angka bunuh diri pekerjanya mencapai lapan atau kurang per 100,000 orang. 

Untuk mengelakkan perbuatan bunuh diri, anda sebenarnya boleh mengatasi dengan pembahagian shift untuk mencegah situasi trauma. Serta elakkan akses ke tempat berpotensi untuk bunuh diri. 

"Untuk mengurangkan angka kejadian bunuh diri, setiap tempat kerja harus fokus pada pencegahan bunuh diri di tempat kerja, termasuk program latihan untuk mengelakkan tanda-tanda bunuh diri," ujar McIntosh.