Friday, September 9, 2016

Diurang Bilangkan, Kononnya...Kalau Mau Hidup Bahagia...

Diurang bilangkan, kunu...klw mw hidup bahagia...


1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa. Kerana setiap itu pasti ada hikmahnya.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita. Allah telah menetapkn reziki kta sndiri sblm kta lahir ke dunia ini.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Apa lgi berfikir negatif trhadap orng lain. Sebarkan kasih sayang dn perdamaian.

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan.

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri. Dari kita saja baitu.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar dn belajar melalui setiap lembaran khidupan.

13.Jangan mudah putus asa dengan masalah. Anggap masalh itu bunga kehidupan.

Yg penting gembira..