Friday, September 23, 2016

6 Manfaat Gerakan Solat Bagi Kesihatan Tubuh.

Solat adalah suatu amalan ibadah yang wajib dilakukan oleh umat muslim. Disisi lain, solat tidak hanya merupakan amalan untuk bekal di akhirat nanti. Namun gerakan-gerakan solat ternyata juga mampu membuat tubuh menjadi lebih sihat.


Solat merupakan ibadah yang paling profesonal bagi anatomi tubuh manusia. Setiap gerakan solat dapat merangsang rangkaian sel dan peredaran di dalam tubuh untuk bekerja lebih optimum.

Dalam sebuah kajian sudah banyak yang membuktikan bahawa gerakan solat memang berpengaruh pada bahagian tubuh tertentu, asalkan dilakukan dengan betul dan dalam jangka waktu tertentu. 

Berikut ini diantara manfaat pergerakan solat bagi kesihatan tubuh:

1. Takbirotul Ihram

Gerakan takbiraotul ihram iaitu berdiri tegak, Lalu mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga. Kemudian melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. 

Manfaat gerakan ini adalah boleh melancarkan aliran darah, getah bening atau limfa, serta kekuatan otot lengan. Kedudukan jantung di bawah otak membolehkan untuk darah mengalir lancar ke seluruh tubuh.

Apabila kedua-dua tangan diangkat, otot bahu meregang dan aliran darah yang kaya dengan oksigen menjadi lancar. 

Kedua tangan yang didekapkan di perut atau dada bahagian bawah, akan menghindarkan dari gangguan sendi khususnya tubuh pada bahagian atas.

2. Gerakan Rukuk

Gerakan rukuk yang sempurna ditandai dengan tulang belakang yang lurus, sehingga apabila diletakkan segelas air pada punggung tidak tumpah. Dan posisi kepala lurus dengan tulang belakang. 

Manfaat rukuk adalah menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. 
Tangan yang bertumpu pada lutut juga boleh berfungsi untuk relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk juga dapat bermanfaat untuk latihan kencing sehingga dapat mencegah gangguan prostat.

3. Gerakan I'tidal

Gerakan ini adalah bangun dari rukuk dan tubuh kembali tegak. Sambil mengangkat tangan setinggi telinga. Manfaat gerakan solat untuk kesihatan tubuh ini adalah I'tidal merupakan variasi postur selepas rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini dapat melatih pencernaan yang baik. Organ pencernaan yan ada dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergilir-gilir. Sehingga pencernaan akan menjadi lancar.

4. Gerakan Sujud

Gerakan sujud adalah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki serta dahi pada lantai. 

Manfaat gerakan sujud adalah aliran sistem limfa akan dipam ke bahagian leher dan ketiak. Sedangkan kedudukan jantung di atas otak, sehingga darah yang kaya oksigen akan mampu mengalir dengan maksimum ke otak. Aliran ini akan sangat mempengaruhi daya fikir seseorang. Oleh kerana itu, lakukanlah gerakan sujud dengan thuma'ninah dan jangan tergesa-gesa sehingga darah mencukupi kapasitinya pada otak. 

Selain itu, posisi sujud juga boleh mencegah dari penyakit buasir. Dan khusus bagi wanita, posisi rukuk dan sujud juga boleh mempunyai manfaat bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

5. Gerakan Duduk

Gerakan duduk dalam solat ada dua jenis iaitu iftirosy pada tahiyyat awal, dan tawarruk pada tahiyyat akhir. Perbezaan duduk pada solat ini terletak pada posisi telapak kaki. Manfaat gerakan solat bagi kesihatan tubuh saat duduk iftirosy adalah ketika kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius, kedudukan ini akan menghindarkan kesakitan pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak dapat berjalan dengan normal. Sedangkan duduk tawarruk juga sangat bemanfaat bagi kesihatan khususnya lelaki. 

Kerana tumit menekan aliran pundi kencing (utetra), kelenjar kelamin lelaki (prstata), serta saluran vas deferens. Apabila pergerakan ini dilakukan dengan betul akan membantu mencegah mati pucuk pada lelaki. Variasi antara telapak kaki pada duduk iftirosy dan duduk tawarruk akan membuat seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerakan dan tekanan yang harmoni ini juga akan membantu tubuh menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ dalam tubuh.

6. Gerakan Salam

Gerakan salam adalah gerakan memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimum. 

Manfaat gerakan ini adalah kelonggaran otot sekitar leher dan kepala akan dapat menyempurnakan aliran darah kekepala. Gerakan ini dapat mencegah sakit kepala dan dapat menjaga kekencangan kulit wajah. 

Demikian tadi manfaat pergerakan solat bagi kesihatan tubuh. Gerakan solat ini tidak akan bermanfaat jika dilakukan dengan sembarangan. Oleh kerana itu, lakukan gerakan solat dengan baik dan betul, sehingga anda boleh mendapatkan manfaat dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh anda.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
Semoga bermanfaat.