Monday, August 22, 2016

Wow!! Ini Dia 10 Kota Paling Lama Dihuni Oleh Manusia. Sampai Ribuan Tahun.

Tak sedikit orang mengira bahawa kota tertua di dunia dipegang oleh bandar Gazantep, Turki. Namun, nyatanya untuk menentukan bandar yang paling tua di dunia tidaklah mudah. Pasalnya, ada beberapa bandar di penjuru dunia yang sudah dihuni manusia sangat lama. Malah sudah ada sejak 9,000 SM (Sebelum Masihi).

Mahu tahu bandar apa saja? Berikut ini adalah 10 bandar tertua dan paling lama dihuni oleh manusia, dipetik dari brilio.net:

1. Jericho, Israel


Bandar yang dianggap paling tua di dunia ialah bandar Jericho. Sebab, bandar yang terletak berhampiran sungai Yordan di sebelah barat dari wilayah Palestin ini sudah ada sejak 9,000 SM. Dan sampai saat ini, Jericho terus dihuni oleh manusia. Tercatat, penduduk di bandar Jericho mencapai 20,000 jiwa.

2. Damaskus, Syria


Berdiri sejak 6,300 SM membuat bandar Damsyik layak berada di kedudukan kedua. Damsyik sendiri adalah ibu kota sekaligus bandar terbesar di Syria. Selain menjadi bandar tertua yang dihuni, Damsyik juga menjadi pusat budaya dan agama dari daerah di Mediterranean Timur (Levant).

3. Byblos, Lebanon


Byblos merupakan bandar Mediterranean di Mount Lebanon Governorate yang kini dikenali dengan Lebanon. Bandar ini dipercayai sudah didiami kira-kira tahun 5,000 SM.

4. Aleppo, Syria


Sama seperti bandar Byblos, kota yang ada di Syria ini juga sudah didiami sejak tahun 5,000 SM. Kini, bandar ini sudah menjadi pusat perdagangan.

5. Athena, Greece


Bandar yang paling lama dihuni seterusnya datang dari ibu kota Yunani. Dianggarkan, kota ini sudah mula didiami sejak tahun 5,000 SM. Selain menjadi bandar tertua, bandar ini juga disebut-sebut sebagai tempat lahirnya peradaban Barat dan demokrasi.

6. Faiyum, Mesir


Faiyum adalah bandar di Mesir Tengah, kira-kira 130 km sebelah barat daya dari Kaherah. Bandar ini disebut sebagai bandar tertua di Mesir dan Afrika. Sebab, kota ini sudah ada sejak 4,000 SM.

7. Sidon, Lebanon


Bandar ketiga terbesar di Lubnan ini diyakini sudah dihuni oleh manusia sejak 4,000 SM.

8. Plovdiv, Bulgaria


Bandar kedua terbesar di Bulgaria ini juga tercatat sebagai bandar tertua di dunia. Hal ini disokong dengan penemuan para ahli arkeologi, yang mencari tembikar halus dan benda-benda lain dari kehidupan sehari-hari dari sejak Zaman Neolitik. Penemuan tersebut dipercayai sudah ada di akhir alaf ke-4 SM.

9. Gaziantep, Turki


Seperti yang telah dibincangkan diatas, Gaziantep merupakan antara bandar tertua didunia. Walau bagaimanapun bandar ini tidak menduduki peringkat pertama. Sebab, kota ini dihuni sejak 3,650 SM. Angka yang jauh berbanding dengan bandar Jericho.

10. Delhi, India


Terakhir diduduki bandar Delhi, India. Bandar paling ramai penduduk kelapan di dunia ini dipercayai sudah dihuni sejak abad ke-6 SM.