Berapa kecilkah, seorang bayi boleh dilahirkan ke dunia? Mollie Perrine, lapan bulan lalu, dilahirkan pra-matang. Apabila ibunya, Stephanie melahirkan, usia kandungannya baru 13 minggu. Tubuh Mollie sangat kecil. Daily Mail menulis, beratnya hanya 0.45 kg. Bahkan, lengan Mollie pada saat itu boleh terselit cincin kawin ayahnya. Dengan keadaan yang sungguh lemah, doktor mengatakan Mollie tak akan boleh bertahan lebih dari tiga minggu selepas dilahirkan.
Ketika Stephanie masih mengandung dan memeriksa kandungannya, dokter berkata bayi itu mengalami intrauterine growth restriction (IUGR). Ertinya, Mollie tak boleh membesar di dalam rahim seperti bayi-bayi lain. Dipetik dari Daily Mail, kelainan ini disebabkan kerana adanya gangguan pada plasenta yang menyampaikan nutrisi dari si ibu kepada si bayi.
Walaupun begitu, harapan dan doa terus mengalir dan terucap dari pasangan Stephanie dan James untuk buah hati mereka tercinta. Mollie harus dirawat di rumah sakit 20 minggu lamanya. Rasanya, keajaiban berpihak pada keluarga kecil ini. Bayi yang dilahirkan dengan saiz yang sangat kecil mula membesar. Berat badannya bertambah dan akhirnya Mollie dibenarkan pulang oleh para doktor.
Kerana tubuhnya yang lemah dan sangat kecil, Mollie tak boleh dipegang siapa pun kecuali jururawat. Tapi, selepas 25 hari, James akhirnya dibenarkan untuk menggendong putri kesayangannya itu. Pertumbuhan Mollie selepas 20 minggu membuat pasangan ini lantas membuat sebuah foto Mollie dengan sebuah cincin kawin ayahnya. Setelah berat badannya bertambah, hanya dua jari Mollie yang boleh masuk ke dalam cincin tersebut.
"Kami tidak pernah membayangkan Krismas tahun ini dapat rayakan bersama bayi perempuan kami yang manis," kata James kepada Daily Mail. Kini, Mollie berusia tujuh bulan. Walaupun tubuhnya masih sangat kecil, tapi kesihatan dan tubuhnya telah mengalami banyak perkembangan. Kini, berat badan Mollie sudah mencapai 3.7 kg.
Akhir Disember, keluarga Perrine sudah dapat merayakan Krismas bersama putri tercinta mereka. Ibu bapa muda ini bahkan memakaikan satu set pakaian bertemakan natal. Daily Mail menulis, mereka sangat berharap, Mollie akan terus berkembang seiring berjalannya waktu.