Saturday, August 13, 2016

Sudahkah Anda Menangkapnya? Ini 7 Pokemon yang Paling Susah Ditangkap di Pokemon Go!

Dalam usaha menangkap Pokemon di Pokemon GO, pastinya mereka tidak serta-merta mengalah dengan begitu saja. Sering kali, mereka akan berusaha melawan sekalipun sudah sempat masuk ke dalam bola pokeball.

Untuk menilai peratusan kemungkinan kamu boleh menangkap mereka, ada dua faktor yang harus diperhatikan: Capture Rate (tahap tangkapan) dan Flee Rate (tahap kabur).

Capture Rate atau peringkat tangkapan, memberitahu berapa peratus kemungkinan dia boleh masuk ke pokeball-mu dalam sekali lempar. Sementara Flee Rate atau tahap kabur, menunjukkan betapa besar kemungkinan mereka kabur begitu mereka masuk ke dalam pokeball!


Ya, jadi semakin tinggi Capture Rate dan semakin rendah Flee Rate maka akan semakin bagus buat upayamu melengkapi pokedex! Tapi tak bagus buat Pokemon yang mahu hidup bebas ...

Nah, buat kamu yang mengejar Pokemon-Pokemon "basic", atau masih dalam bentuk pertamanya (belum berubah), berikut adalah senarai tujuh Pokemon paling susah ditangkap, yang degil dan tidak betah masuk ke dalam pokeball-mu!

Senarai Tujuh Pokemon Paling Susah Ditangkap

1. Squirtle

Walau kura-kura biasa dianggap lambat dalam berjalan, tapi jangan salah, squirtle sebenarnya cukup lincah dalam urusan menghindar!

Kerana Pokemon jenis air bertempurung ini mempunyai Capture Rate hanya 16%, yang bermakna biasanya hanya tertangkap 1 kali dari tiap 6 lemparan pokeball.

2. Ponyta

Kuda api ini cukup lincah lho, guys! Walaupun dia tidak begitu sering kabur, tapi dikatakan Ponyta mempunyai Capture Rate yang cukup kecil, yakni hanya 32%! Sehingga termasuk Pokemon paling susah ditangkap.

Berbanding Pokemon-Pokemon lain yang berkemungkinan sekitar 40% ke atas, perbezaan 8% boleh mengubah semuanya!

3. Paras

Sama seperti Ponyta, Pokemon Bug satu ini juga mempunyai Capture Rate yang lebih rendah daripada Pokemon sejenis, hanya sebanyak 32%.

Tapi enaknya Paras bukan Pokemon jarang dijumpai, sehingga kalaupun lolos dari cengkramanmu, kamu dengan mudah menemuinya lagi.

4. Growlithe

Kalau Ponyta tadi sudah terbilang lincah, maka Growlithe lebih tangkas lagi. Dengan Capture Rate lemparan Pokeball hanya 24% dari 100%.

Bermakna cuma ada kesempatan kurang dari 1 kali setiap 4 kali lempar Pokeball untuk mendapatkannya!

5. Clefairy

Berbadan bulat dan nampak tambun bukan bererti Pokemon ini mudah ditangkap. Clefairy mempunyai Capture Rate sebanyak 24%, tapi dengan disokong Flee Rate rendah (hanya 10%), kemungkinan untuk terus-terusan membaling pokeball sampai tertangkap pun cukup besar.

6. Meowth

Pokemon kucing dengan sebatang emas melekat di kepala kegemaran Team Rocket ini ternyata termasuk sukar ditangkap juga lho! Dia termasuk Pokemon yang mudah ditangkap, tapi sering terlepas dari pokeball.

7. Abra

Pokemon Psychic kecil satu ini merupakan pokemon yang terbilang paling sukar ditangkap kerana dia mempunyai tahap kabur setinggi 99%! Yang bermakna dalam 100 kali lemparan pokeball, kamu cuma punya kesempatan satu kali supaya dia tidak kabur dan boleh membuatnya menyerah dalam pelukan bola penjinak Pokemon tersebut.

Sifatnya yang "tidak boleh diam" ini memang mirip seperti di pelbagai permainan Pokemon lain saja, dimana dia pasti langsung Teleport kalau sudah mula menyerang!

Anda tidak boleh melemahkan Pokemon, sebelum jadi siap ditangkap di Pokemon Go, jadi untuk memudahkan urusan tangkap-menangkap Pokemon, kamu boleh cuba memakai Razz Berry dan pokeball lain seperti Ultra Ball.