Australia saat ini menjadi negara dengan harga rokok termahal di dunia. Harga rokok di Negara Kangaro ini mencapai US$24.58 atau setara dengan RM75.32 perbungkus.
Meski demikian, kerajaan Australia masih bercadang menaikkan harga rokoknya menjadi US$40 atau RM122.57 per bungkus pada 2020 mendatang. Rancangan dasar ini bahkan sudah masuk dalam perubahan cukai atau cukai rokok.
Dalam kajian yang dilakukan Deutsch Bank pada 2015 lalu, Melbourne merupakan bandar dengan dengan harga rokok Marlboro termahal iaitu mencapai US$24.58 per bungkus. Harga tersebut dua kali ganda lebih mahal berbanding di Paris yang hanya US$10.13 atau Ottawa yang hanya US$11.59 perbungkus.
Kaji selidik Deutsch Bank yang dinamakan Mapping The World 's Price mendapati bahawa harga sebungkus Marlboro di Australia rata-rata lebih mahal US$7 berbanding di London atau New York.
Berikut senarai 20 bandar dengan harga merokok (pakej Marlboro) termahal menurut data Deutsch Bank, termasuk Malaysia.
1. Melbourne, Australia seharga US$24.8
2. Sydney, Australia seharga US$22.54
3. Auckland, New Zealand seharga US$21.06
4. Wellington, New Zealand seharga US$20.05
5. London, Britain seharga US$17.79
6. New York, Amerika Syarikat seharga US$17.32
7. Edinburgh, Britain seharga US$15.82
8. Boston, AS seharga US$13.32
9. Toronto, Kanada seharga US$11.59
10 Ottawa, Kanada seharga US$11.59
11. Zurich, Switzerland seharga US$11.05
12. Paris, Perancis seharga US$10.13
13. Hong Kong seharga US$ 9.62
14. Berlin, Jerman seharga US$7.78
15. Tokyo, Jepun seharga US$4.98
16. Kuala Lumpur, Malaysia seharga US$4.66
17. Beijing, China seharga US$4.34
18. Mexico, Mexico seharga US$3.02
19. Cape Town, Afrika Selatan seharga US$3.74
20. Moscow, Rusia seharga US$1.80
Terakhir bandar jiran tetangga Jakarta, Indonesia dengan harga Marlboro perbungkus sekitar US$1.80 atau sama dengan di Moscow.