Sepasang suami isteri akhirnya mengambil gambar perkahwinan mereka, 80 tahun selepas mereka berkahwin.
Song Qinglin, 102, dan isterinya Song Lishi, 99, terlalu miskin untuk menyambut perkahwinan mereka secara besar-besaran ketika berkahwin pada 1936. Majlis diadakan untuk meraikan mereka ketika itu hanya menyediakan tiga juadah, lapor People's Daily Online.
Pasangan romantik dari wilayah Anhui, timur China itu memakai baju kahwin mereka sambil berpegang tangan sepanjang sesi merakam gambar pada 23 Julai lalu - ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-80.