Friday, July 29, 2016

Bentuk Tubuh Wanita Yang Disukai Lelaki.

Semua wanita ingin mempunyai penampilan yang sempurna dan dapat memikat para kaum lelaki, pendek kata wanita itu suka dipuji daripada bahagian tubuhnya atau paras wajahnya. Banyak cara dilakukan para kaum wanita agar tubuh mereka kelihatan indah, merawat wajah agar kelihatan cantik tidak merasa terbeban walaupun harus mengeluarkan belanja yang banyak.

"Kecantikan itu Natural" kata ini hanya berlaku pada zaman dahulu, di zaman sekarang kecantikan itu akan terlihat jika digilap dengan pelbagai peralatan kosmetik. Itulah faktanya yang sering kita lihat, disini kami merangkumi beberapa penilaian dari para kaum lelaki tentang jenis tubuh wanita yang mereka suka. Penilaian ini mengambil sampel dari beberapa suku di Malaysia dan berbagai jenis lelaki, tepat atau tidak semua kembali lagi kepada diri anda.


Tubuh Langsing (Balance)

Wanita yang mempunyai tubuh yang langsing (tubuh ramping), ini boleh saya jamin 99% lelaki suka, hanya sebahagian kecil lelaki yang menyukai tubuh wanita yang gendut, mungkin ini kerana suatu alasan. Tetapi berdasarkan fakta yang ada rata-rata kaum lelaki berharap mendapatkan pasangan hidup seorang wanita bertubuh langsing walaupun dia sendiri mempunyai badan yang gendut. 

Sebab kenapa lelaki suka dengan tubuh langsing, mungkin hal ini menyangkut ke hal peribadi dan pastinya kita sudah boleh meneka. Postur tubuh yang tinggi dari seorang lelaki sebagian besar kaum lelaki mendambakannya. Boleh dikatakan 70% lelaki yang mengharapkan pasangan hidupnya bertubuh tinggi. Ini mungkin kerana rata-rata wanita jarang yang berbadan tinggi, kalaupun ada sukar dijumpai, apa lagi di Malaysia, sebahagian besar daripada mereka menjadi pramugari dan angkatan tentera atau polis. 

Punggung Besar (Bahenol) 

Sebenarnya ini tidak ada alasan yang jelas dan logik, kenapa kebanyakan lelaki menyukai wanita yang mempunyai punggung yang besar, jika punggung wanita itu tidak menonjol maka itulah dikatakan dengan lelaki "pa *** t tepos". (ada-ada saja)

Hal ini juga berlaku di negara barat seperti di Eropah, umumnya menyukai tubuh wanita yang mempunyai punggung yang menonjol, sebab mereka terlihat indah dan membuat pemandangan dari wanita itu lebih erotik (kata mereka). Alasan ini pun tak terlalu logik tapi itulah adanya, mungkin anda boleh bertanya dengan lelaki terdekat anda, kenapa lelaki itu suka dengan lelaki yang memiliki punggung menonjol? 

Saiz Dada 

Anda pastinya mengerti maksud dari dada disini, dada adalah pemandangan terpenting dari seorang wanita, tapi pada hakikatnya lelaki itu tidak menyukai wanita yang mempunyai dada yang terlalu besar. Alasannya tidak suka salah satunya adalah kerana merasa tidak selesa jika mempunyai isteri berdada besar dan ia akan menjadi perhatian orang-orang. 

Pendapat lain mengatakan dada besar merosakkan pemandangan dari seorang wanita apa lagi sampai kelihatan menonjol pada masa pakai skrit. Selain itu para lelaki juga tidak suka dengan dada yang terlalu kecil, alasannya adalah tidak membuat wanita itu menarik dan akan kesusahan jika sudah mempunyai keturunan jika anaknya menyusui dan banyak lagi alasan lain yang diungkapkan para lelaki tentang dada kecil dari seorang wanita. 

Jadi, hasil yang boleh kami rangkum, 99,90% dari kaum lelaki menyukai wanita yang berdada sedang, tidak besar tidak juga kecil, yang sedang-sedang saja. 

Tidak Kurus, Tidak Gemuk 

Tahukah anda kurus dan langsing itu sangat berbeza, jika anda ingin langsing bukan bermakna anda itu harus kurus, pengertian dari slim adalah badan yang mempunyai bentuk yang (anda pasti tahu) dan ramping dan berbentuk seperti biola. Adapun pengertian dari kurus adalah badan yang kurang akan lemak dan terlihat bentuk tulang. Menurut dari hasil dari perbincangan dengan para kaum lelaki, rata-rata dari mereka suka dengan tubuh wanita yang sedang-sedang, tidak gemuk dan tidak kurus, dan sangat tidak suka dengan bentuk wanita gemuk atau terlalu kurus.

 Kuku Yang Bersih Dan Terawat

Jika kita menilai seseorang itu bersih atau tidak, boleh kita lihat dari kukunya, terutamanua pada kuku tangan. Rata-rata kaum wanita merawat kukunya baik kuku kaki ataupun kuku tangan, tapi ada juga beberapa wanita yang tidak mau mempedulikan hal ini dan ada juga yang hanya mengurus kuku tangan sahaja, manakala kuku kaki kelihatan kotor dan dibiarkan sahaja. Nah..inilah yang mencerminkan bahawa mereka itu pengotor. 

Pada dasarnya kaum lelaki tidak menyukai wanita yang mempunyai kuku yang tidak terawat meskipun mereka sendiri kukunya buruk, tapi itulah kenyataannya, lelaki memang selalu lebih.

Telapak Kaki Yang Bersih 

Ternyata sebahagian lelaki suka menyemak telapak kaki wanita, jika wanita itu memakai kaus kaki maka ia akan berupaya untuk mengetahui, inilah aksi nekad sang lelaki jika dia sudah dijangkiti penyakit kepo (ingin dijadikan isteri), tentu dia punya alasan, mungkin saja wanita itu disasarkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi untuk mengetahui banyak cara yang boleh dilakukan, seperti menanyakan kepada teman-teman dekatnya. Telapak kaki ada kurap tak ..? hehehe 

Biasanya, telapak kaki akan retak jika sering terkena tanah atau air, keretakan ini biasanya terjadi pada pinggiran telapak kaki, sebahagian lelaki tidak suka ini tetapi hanya sebahagian kecil. 

Telapak Tangan Mulus 

Telapak tangan mulus adalah idaman para lelaki, berharap pasangannya mempunyai tangan yang bagus dan telapak tangan yang mulus. Tapi kadang-kadang ada dari kaum wanita yang mempunyai telapak tangan yang kasar. Kerana selalu bekerja rutin menggunakan telapak tangan terdedah kepada bahan kimia seperti mencuci piring, baju atau lain-lain, selain itu rawatan pun jarang dilakukan. Telapak tangan yang mulus memang sesuatu perkara yang sangat membanggakan, selain wanita suka. Para lelaki pun mendambakan wanita mempunyai telapak tangan yang mulus. 

*Ini adalah beberapa penilaian dari kaum lelaki, tapi bagaimanapun setiap manusia berbeza persepsi dan tanggapan, semua punya pendapat masing-masing, jadi jangan jadikan ini satu tanggapan final apalagi anda melakukan langkah-langkah untuk mencantikkan tubuh seperti pembedahan. Pada dasarnya itu adalah tindakan bodoh kerana sangat merugikan dan merosakkan tubuh anda. Jadi apa adanya dan jangan terlalu memaksakan diri untuk kelihatan hebat.