Sunday, July 31, 2016

Apa Yang Kita Boleh Pelajari Dari Rompakan Bank Ini?

Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit. 

"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan. Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"

Semua orang meniarap dengan ketenangan. [Ini dipanggil "Mind Changing Concept". Mengubah cara pemikiran yg konventional.]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya: "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!" [Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]


Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda (Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6): Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."

Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!' [Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank: "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank". [Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan." [Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta. 

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata: "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!" [Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan. [Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya ? 

Share kalau dah faham. Kalau tidak kamurang memang buduh bertingkat-tingkat....


Sumber: Dari Facebook