Sunday, July 31, 2016

23 Tahun Hidup Tanpa Hidung, Akhirnya Lelaki Ini Berani Selfie.

Hidung merupakan salah satu bahagian tubuh yang vital pada manusia dan haiwan. Keberadaannya berkaitan dengan proses bernafas. Udara dihirup melalui hidung dan ditapis oleh bulu-bulu halus yang terdapat di dalamnya sebelum dibawa ke paru-paru. Boleh tak kamu bayangkan kalau manusia tidak punya hidung? Hmm ..

Seperti yang berlaku sama Li Ming, lelaki asal China yang satu ini. Li Ming dilahirkan tanpa hidung di wajahnya. Meski begitu, hingga menginjak usia dewasa, ia masih boleh bertahan hidup dengan kekurangannya. Terdorong untuk mempunyai kehidupan normal, Jun 2015 lalu ia cuba untuk mencari maklumat operasi hidung dan berharap bertemu dermawan yang mahu membantunya.


Doanya dikabulkan. Li Ming yang dirawat oleh warga baik di Chengdu, Wilayah Sinchuan segera mendapat jawapan dari harapan-harapannya. Sebuah hospital di bandar tempat dia tinggal mendengar tentang penderitaan yang beliau alami dan menawarkan operasi sukarela untuk memperbaiki hidungnya.


Sejak itu, Li Ming telah menjalani tiga operasi pembedahan untuk membuat hidung buatan. Setelah melaluinya proses trsebut, lelaki yang ditinggalkan oleh ibu bapanya sejak kecil ini muncul di depan kamera untuk menunjukkan kepada awam mengenai transformasi wajahnya. Dengan keadaan yang lebih baik dari sebelumnya, ia ingin melakukan satu perkara yang selama ini ia takut untuk lakukan, iaitu selfie. Menurutnya, hidung barunya memberinya kepercayaan diri yang tak pernah ia rasakan sebelumnya.