Sunday, June 12, 2016

Manfaat Daun Pandan Dan Sirih Dalam Mengusir Serangga.

Ini adalah cara dan tips murah dan mudah mengusir serangga dan lipas dan mengharumkan bilik di rumah. Daun pandan wangi dan daun sirih bermanfaat sebagai pengharum ruangan, sekaligus pengusir serangga. Dijamin dalaman akan bebas dari lipas dan semut. 

Jika sudah menggunakan pandan, anda tak perlu lagi bergantung kepada produk pewangi buatan yang sering diiklankan di televisyen. Kebanyakan harga pengharum ruangan tersebut cukup mahal.Walaupun ada yang mempunyai harga ekonomi, namun wanginya tak tahan lama. 

Berikut ada beberapa tips bagi anda yang ingin mencipta ruangan yang wangi semulajadi, tanpa perlu mengeluarkan duit dari saku anda. Bilik anda pun tak hanya wangi, tetapi bebas dari serangga.

Anda hanya cukup menggunakan daun pandan wangi dan daun sirih. Kerana kedua-dua daun tersebut ternyata berkhasiat untuk mengusir serangga; lipas dan semut. 

Daun pandan wangi

Anda boleh menggunakan daun pandan wangi ini pada bilik mandi. Aroma yang tak sedap kerap kali dihasilkan di bilik tersebut. Sekurang-kurangnya, dengan daun pandan wangi akan meneutralkan mereka, dengan cara berikut ini: 


1. Iris tipis 3-5 helai daun pandan wangi. 

2. Masukkan irisan pandan ke mangkuk atau bekas yang terbuka. 

3. Letakkan bekas di atas mangkuk cebok, rak, atau di kawasan kering. 

Wangi daun pandan akan menyelubungi bilik mandi anda. Untuk bilik mandi kecil, maksimum 5M2, cukup diletakkan satu bahagian. Namun jika bilik cukup luas, letakkan dua atau tiga bekas di tempat-tempat yang berjauhan. Wangi pandan akan bertahan tiga hari hingga seminggu. Gantilah dengan hirisan yang baru jika wangi sudah tak terhidu lagi. 

Daun sirih 

Anda boleh memakai daun sirih sebagai pengharum. Seperti kita ketahui daun ini banyak khasiatnya, salah satunya boleh sebagai pengusir semut. Bagaimana caranya? 

1. Letakkan beberapa keping daun sirih di tempat yang sering dikerumuni semut. Misalnya, kawasan dekat simpanan gula atau bahagian dapur lain. 

2. Biarkan semalaman. Semut pun lalri, tak kelihatan lagi. 

3. Jika sirih layu, anda boleh menggantikannya dengan yang segar. Aroma daun sirih yang agak keset itu tak disukai oleh kawanan semut. Dapur pun bersih dan wangi.