Tuesday, June 14, 2016

Elakkan Hal-Hal Pencetus Kanser Payudara.

Kanser payudara merupakan penyakit yang sangat menakutkan bagi wanita. Bagaimana tidak penyakit yang menyerang aset berharga wanita ini dapat membuat wanita kehilangan rasa percaya diri sendiri dan sering menyebabkan kehilangan nyawa bagi kaum perempuan. 

Meskipun penyebab kanser belum dapat diketahui secara pasti, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda ingat untuk mengurangkan risiko kanser payudara, seperti dikutip dari Womenshealthmag ini: 

1. Berat badan 

Obesiti boleh mencetuskan kanser payudara kira-kira 30-60 peratus. Kenapa? kerana estrogen dihasilkan di sel lemak. Jadi kalau anda kelebihan lemak, maka secara automatik anda akan kelebihan estrogen yang mencetuskan tumbuhnya sel tumor. 

2. Saiz perut 

Sebuah kajian terbaru dari British Medical Journal mendapati bahawa faktor yang paling penting meningkatkan peluang kanser payudara pascamenopause wanita adalah ukuran kainnya yang semakin sempit berbanding ketika usia dua puluhan.

3. Jarang sukan

Rajin bersenam bukan hanya membuat tubuh menjadi lebih segar tapi dengan bergerak, kekebalan tubuh secara semulajadi boleh meningkat. Tambahan, anda boleh mengurangkan jumlah kadar glukosa dan insulin dalam aliran darah anda, sehingga dapat membantu tubuh memecahkan estrogen berlebihan penyebab kanser. Para ahli menyarankan latihan sebaik-baiknya satu jam sehari dengan 4-5 kali per minggu.


4. Minum alkohol 

Beberapa kajian telah menghubungkan peningkatan pengambilan alkohol dengan risiko tinggi terkena kanser payudara. 

5. Salah diet

Alih-alih ingin mendapatkan tubuh ideal, beberapa jenis diet pun rela diamalkan. Pilih sayur-sayuran warna-warni, seperti lobak merah dan tomato yang sarat dengan karotenoid dan antioksidan yang telah dikaji boleh menurunkan risiko kanser payudara. Menghadkan pengambilan gula dan lemak juga boleh membantu anda daripada kanser payudara. 

6. Kelainan genetik 

Perempuan yang membawa gen BRCA1 atau BRCA2 mempunyai risiko seumur hidup peningkatan terkena kanser payudara. Tapi tidak perlu terlalu bimbang, bila anda mempunyai sejarah kanser payudara, segera dapatkan nasihat kepada doktor.

7. Sering memendam emosi

Kategori ketujuh ini adalah petikan dari penyelidikan Ustaz Dhanu mengenai penyebab penyakit pada tubuh manusia. Tingkah laku yang tidak sihat akan dapat dilihat pada kesihatan fizikal dan mental. 

Sumber utama penyakit adalah lingkungan rumahtangga, suami, isteri dan anak-anak. Sehingga kesabaranlah yang akan membuat anda tetap sihat zahir dan batin. Tapi ingat sabar itu bukanlah menahan perasaan tapi mengikhlaskan segala sesuatu terjadi kerana kehendak Tuhan.