Monday, May 16, 2016

Inilah Kubur Paling Luarbiasa Di Muka Bumi, Terletak Di Tengah Jalan!

Mungkin kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling luarbiasa dalam dunia!

Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.

Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.

Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.

Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.

Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.

Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.

Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ.


Sumber: Mynewshub.cc