Thursday, May 12, 2016

Budak Dirogol Sehingga Mati.

Indonesia: Seorang lelaki bernama Budiansyah (26), memperkosa dan membunuh kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun. Lelaki tersebut juga disyaki telah merogol mangsa sebanyak dua kali.

Ketua Balai Bogor, AKBP Suyudi Ario Seto menjelaskan, pelaku awalnya memerkosa mangsa di dalam bilik mandi sebelum dibawa ke dalam bilik tidur, dan pelaku melakukannya lagi untuk kali kedua.

"Di bilik mandi, pelaku memcekup mulut mangsa dengan tangannya, kemudian menyetubuhinya. Setelah dibawa ke dalam bilik tidur utama, badan mangsa dililit dengan selimut, dan pelaku mengulangi lagi perbuatannya," ujar Suyudi, di Mapolres Bogor, Rabu (11/5/2016).

Melihat mangsa sudah tidak bernafas, Suyudi kemudian menyembunyikan mayat tersebut di dalam almari pakaian. Pelaku membuang mayat mangsa di belakang rumahnya setelah keluarga mangsa dan orang ramai mula mencari kanak-kanak perempuan tersebut.

Budiansyah 
Pelaku mengaku baru sekali memerkosa kanak-kanak di bawah umur. Namun, pihak polis tidak mempercayainya begitu saja dan akan mengembangkan kes tersebut.

"Ada beberapa alat bukti dan keterangan saksi yang menunjukkan bahawa dia (Budiansyah) adalah pelaku rogol dan bunuh tersebut. Kami menyita barang bukti berupa selimut, kasut, dan pakaian mangsa," kata Suyudi.

Akibat perbuatannya, pelaku dikenakan dakwaaan berdasarkan Undang-Undang Perlindungan Anak, Pasal 339 KUHP, dan Pasal 351 ayat 3 KUHP dengan hukuman penjara selama 20 tahun.

 - sentiasabikinpanas.com