Monday, March 13, 2017

4 Cara Untuk Kesan Levi’s Big E USA Yang Tiruan.

Barang tiruan sememangnya sudah banyak berada di pasaran, jika diikutkan hampir semua benda sudah dijadikan barang tiruan, dan pakaian yang selalu dipakai juga ada barang tiruannya.

 
Bagi penggemar, atau yang sering membuat koleksi jeans Levi’s, sudah pasti mereka akan mendapatkan yang ‘original’, kerana ianya adalah salah satu ‘reward’ untuk diri, speerti individu lain yang ada cara mereka sendiri dalam mebeli barangan ‘original’.

Dan menurut dari perkongsian Azam Shah, terdapat beberapa cara yang anda boleh kesan, ‘fake’ Levi’s Big E USA di luar sana, macam mana nak tahu? Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Cara Mengesan FAKE LEVI'S BIG E USA.

Artikel ringkas ini KHAS UNTUK NEWBIE dan tidak sesuai untuk yang dah handal.

2 hari lepas member terkena 501 Big E Fake. Hangus RM350. Seller senyap terus! Lahabau punya makhluk!

Itulah sebab orang suruh tanya member yang lebih arif kalau item tu kau was was. Jangan beli semborono. Kelak merana. Duit hangus, item nak pakai pun malu!

Kali ini aku nak share 4 cara simple detect Fake. Tak mintak banyak cuma harap kau tak terkena dengan malaun jual barang Fake pada harga pergi Mekah, balik hari.


Sebelum tu simpan dalam kepala ciri ciri paling asas LEVIS 501 DAN LEVIS 505.

a. Levi's 501-Pakai butang (kecuali 501ZXX)
b. Levi's 505-pakai Zip.
c. Jika kau jumpa 501 pakai zip itu fake.
d. Sama juga sebaliknya kau jumpa 505 pakai butang, itu pun FAKE.

4 ciri asas kat bawah dah mampu menyelamatkan kau.


1. Top button

* Original Big E Stamp 555, 524, 520, 8, 6, W, K, J dan lain-lain.
* Top button Levis Fake biasa nya di stamp '501'. Dan sinar banar atau berkarat sangat.V stich pun lari. (rujuk gambar)


2. Pai/REAR PATCH 501xx

* Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak. (era kain pasir 90an)
* Fake biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertas nya nampak murah.


3. Tag dalam / inner tag
 
* Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998. Original punya lebar dan sedikit pendek.
* FAKE punya tag yang kecil dan panjang.


4.Selvedge (kepala kain) 501XX
 
* ORI warna kepala kain putih padat dan ada redline. DAN TIADA EXTRA SELVEDGE atas poket syiling.
* FAKE, biasanya kepala kain lebar dan bergarisan merah atau biru dan ada selvedge atas poket syiling. Sesetengah ada selvedge atas poket belakang.


Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yang dah biasa, memang sedia maklum. Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin.

Sebenarnya banyak sangat fake item gred A dari siam era 98-2000. Ramai yang terkena. Jika ada offer 501 big E rajin-rajinlah bertanya kengkawan.

Next Chapter...Insya Allah kita akan buat artikel mengenali ciri ciri BIG E, Report/Pek, rindem, side dem, oren tag dan single R.

Akhir kata, tak salah nak pakai fake ke ori, yang penting tahu nilai sesuatu barang. Tak semua orang mampu layan Ori. Tak semua orang sanggup pakai fake.
 
Apapun, mati esok tetap pakai kepala kain. Ya kain kapan. Levi's levi's juga solat jangan tinggal ya!

Sumber 
 

Saturday, March 11, 2017

9 Sebab Mengapa Kita Perlu Minum Kopi Setiap Hari.

Boleh dikatakan bahawa tiada seorang pun orang dewasa di dunia ni yang tidak pernah meminum kopi.


Kopi, minuman ini yang boleh didapati dimana-mana sahaja ini sejak berabad yang lalu.

Sungguh popular dikawasan desa sehingga kebanyakkan lelaki dewasa banyak menghabiskan masa di kedai kopi siang dan malam. Di bandar juga tidak kurang hebatnya dengan cawangan kedai kopi Starbuck boleh didapati dimana-mana sahaja.

Minuman kopi ini pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab.

Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.

Fakta sains yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh mereka yang gemar minum kopi setiap hari.

Kopi boleh menjadi suatu bahan yang sangat baik kepada otak, kulit dan tubuh kita. Baca selengkapnya artikel ini untuk mengetahui 9 sebab anda harus sedar dan mula sukakan kopi…

Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain.

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2005, tiada suatu pun bahan lain yang mampu menandingi kopi dalam membekalkan antioksida.

Walaupun sayur-sayuran dan buahan juga mempunyai banyak antioksida, tubuh manusia lebih cenderung untuk menyerap lebih banyak antioksida daripada kopi.

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

1. Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress

Kajian yang dijalankan di Seoul National University mendapati otak yang sedang mengalami tekanan atau stress akibat tidak cukup tidur, dan apabila seseorang itu terdedah kepada aroma kopi, akan mengalami perubahan pada protein yang mempunyai kaitan dengan stress di dalam otak.

Nota: kajian mengenai aroma kopi ini tidak berkaitan secara langsung dengan masalah stress, tetapi hanya stress yang disebabkan oleh rasa mengantuk tidak kecukupan tidur sahaja.

2. Kopi mampu mengurangkan symptom penyakit Parkinson

Menurut laporan ScienceDaily 2012, dengan meminum kopi boleh membantu seseorang yang mengalami Parkinson mengawal pergerakan mereka.

Dr. Ronald Postuma, pengkaji yang membuat laporan ini, mengatakan bahawa “kajian sebelum ini memang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kafein mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Parkinson. Tetapi kajian terbaru ini menunjukkan bahawa mengambilan kafein boleh membantu merawat symptom pergerakan untuk mereka yang telah pun mengalami penyakit tersebut.”

3. Kopi bagus untuk hati

Kopi bagus untuk mengurangkan risiko kanser hati dan kegagalan hati dari berfungsi seperti Cirrhosis. Kopi boleh membantu hati membersihkan racun yang berbahaya seperti pengambilan alcohol.

4. Mencegah diabetes

Satu kajian (artikel yang dikeluarkan oleh psipum.org) menyatakan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahawa minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain, kencing manis.

Bagaimana ia berlaku?

Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes.

Kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry. Saintis yang menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes.

Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras glukosa yang tinngi dalam badan dan ia juga membantu meningkat sensitiviti insulin.

Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia.

Setiap minuman yang mengandungi gula dan setiap makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.

5. Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira

Kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health America, mendapati bahawa mereka yang minum empat cawan atau lebih, kurang atau tidak mengalami kemurungan berbanding mereka yang langsung tidak pernah menyentuh kopi.

Untuk perhatian, ini bukanlah disebabkan oleh kesan kafein yang tinggi, kerana air Coke juga memberi kafein yang tinggi, tetapi ianya adalah disebabkan oleh antioksida baik yang terdapat dalam kopi tersebut.

6. Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (jika anda seorang perempuan)

Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati 112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari, mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit yang lain.
Kalau anda ingin kulit yang cantik, rajin-rajinlah meminum kopi.

7. Kopi aktif mencegah penyakit Gout

The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.

Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.

Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!

8. Kopi meningkatkan Stamina secara mendadak

Ahli sains dan para atlit sudah lama mengetahui bahawa mengambil secawan kopi sebelum latihan mampu meningkatkan prestasi, terutamanya sukan yang melibatkan ketahanan stamina seperti lari jarak jauh dan berbasikal.

Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak (fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga secara efektif didalam latihan.

9. Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk

Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi didalam darah, mengalami penyakit nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah.

Dr. Chuanhai Cao, pakar neurosains di University of South Florida dan ketua kajian ini mengatakan, “Kami tidak mengatakan pengambilan kopi secara sederhana boleh menghalang dari penyakit Alzheimer secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya dengan meminum kopi secara sederhana boleh mengurangkan risiko mendapat Alzheimer atau melambatkannya,”

Kencing Manis: Penyakit yang bahaya yang selalu tidak disedari tetapi boleh dicegah dan dikawal.
Malaysia negara tertinggi pengidap kencing manis dan ancamannya yang tidak disedari.

Antara penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia saban tahun adalah penyakit kencing manis (diabetes).

Statistik terbaru menunjukkan 17% daripada keseluruhan rakyat Malaysia pengidap penyakit ini, iaitu 1 daripada 6 orang, dan angka ini bertambah dengan mendadak setiap tahun dan pastinya ia sesuatu yang amat merisaukan.

Dan lebih menarik lagi, dari keseluruhan angka ini, Malaysia merupakan negara juara bagi pengidap kencing manis tertinggi di Asean dan keenam tertinggi di rantau barat Pasifik.

Yang menariknya adalah, kebanyakkan daripada kita langsung tidak sedar dia mengalami kencing manis sehinggalah dia berada pada tahap kronik.

Oleh itu lebih baik anda mengenal pasti penyakit ini sejak dari awal. Apakah simptom-simptom penyakit kencing manis?
  • Kerap kencing dan air kencing yang banyak (siang dan malam)
  • Rasa haus yang amat sangat dan bibir kering.
  • Berat badan menurun mendadak.
  • Rasa letih lesu dan kurang bertenaga
Ini adalah tanda-tanda utama dan biasa dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jika anda mengalami symptom ini, dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor anda untuk membuat pemeriksaan lanjut.

| SBP

Wifi Lambat? Pakai Trik Tin Aluminium Nie Je. Hasilnya Pasti Mengejutkan Anda...

Wifi lambat ni memang tak boleh nak dimaafkan betul. Boleh bawa bergaduh apatah lagi bila dalam rumah tu ramai dan semua berebut nak pakai kan? Asyik on off je router tu supaya wifi lagi cepat. 


Jangan risau, cuba guna trik kat bawah yang mesti korang tak percaya keberkesanannya. 

Ambil tin aluminium, bersihkan, keringkan, gunting. Simple je!

Wifi lambat ni memang tak boleh nak dimaafkan betul. Boleh bawa bergaduh apatah lagi bila dalam rumah tu ramai dan semua berebut nak pakai kan? Asyik on off je router tu supaya wifi lagi cepat. Jangan risau, cuba guna trik kat bawah yang mesti korang tak percaya keberkesanannya. 

Ambil tin aluminium, bersihkan, keringkan, gunting. Simple je! Tonton video di bawah ni:


Sumber: ERA fm

Suami Usah Berkeras Sangat Dengan Isteri, Elak Dari Keganasan Rumah Tangga.

AYAT ke-19 Surah An-Nisaa ini selalu dibaca, tidak kira ketika bertadarus di bulan Ramadan atau didengari ketika penceramah menyampaikan kuliah di masjid.


Bahkan juga menjadi hafalan huffaz sebagai pelengkap ingatan pada Surah An-Nisaa. Namun begitu, ia masih lagi belum difahami oleh kebanyakan daripada kita akan isi kandungan serta maksud tersirat yang ingin disampaikan ALLAH SWT di sebalik ayat ini.

Pada permulaan ayat, ALLAH menukilkan: "Wahai orang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan." Ayat ini membawa maksud tidak boleh mengahwini atau mengahwinkan wanita dengan cara paksa. Ini kerana menurut sebahagian adat masyarakat Arab jahiliah, apabila seorang suami meninggal dunia, abang kepada suami atau adik beradik yang paling tua akan mewarisi janda tersebut.

Mewarisi yang dimaksudkan ialah berhak ke atas diri serta harta yang ada padanya. Janda yang kematian suami itu boleh dinikahi sendiri atau dinikahkan dengan orang lain. Akan tetapi mahar perkahwinan akan diambil oleh ahli waris.

Pada masa yang sama, keluarga suami ini juga berhak untuk tidak membenarkan janda tersebut berkahwin lagi.

Hal ini diharamkan ALLAH. ALLAH sebenarnya telah memberi jaminan kepada mereka yang mendirikan rumah tangga, perkahwinan adalah satu ikatan yang mulia. Dalamnya terkandung banyak kelebihan.

Sehinggakan ALLAH menjadikan pada setiap pasangan yang berkahwin itu perasaan kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain.

Daripada sinilah lahirnya kecintaan dan kerahmatan sebagaimana yang diinginkan ALLAH.

Namun, pada masa yang sama ALLAH sama sekali tidak suka sesuatu perkara yang tidak baik berlaku dalam rumah tangga yang dibina. Lebih malang, apabila sesuatu ikatan hati itu sentiasa dicemari dengan kekerasan dan kesulitan yang berpanjangan. Oleh kerana itu, salah satu suruhan ALLAH ke atas suami dalam ayat ini ialah perintah untuk bergaul dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.

WILAYAH PENTING

Rumah tangga adalah wilayah dan jajahan takluk yang diketuai oleh insan bernama suami. Sekiranya suami tidak ada (disebabkan bercerai, hilang, kematian atau lain-lain), maka rakyat (isteri dan anak) yang bernaung di bawahnya pasti berasai kesannya. Oleh sebab itulah peranan suami amat penting dalam menentukan keselamatan dan menjamin keharmonian dalam rumah tangga yang dibina

Tetapi apa yang menyedihkan ialah ramai dalam kalangan suami mengabaikan tanggungjawab besar ini. Mereka seolah-olah mengambil kesempatanterhadap kuasa yang ada dalam rumah tangga untuk melakukan perbuatan dengan sesuka hati.

KEKERASAN RUMAH TANGGA

Dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ada disebutkan, kebiasaannya kekerasan terhadap isteri yang berlaku dalam rumah tangga dikategorikan dengan empat bentuk, iaitu:

1. Kekerasan fizikal

Ia adalah perbuatan mendera isteri sehingga menyebabkan kesakitan pada tubuh badan. Perbuatan yang dilakukan itu termasuklah seperti memukul, menampar, menumbuk, melukai, meludah, menarik rambut, mencucuh dengan rokok, menggunakan senjata dan sebagainya. Semua perbuatan ini biasanya akan meninggalkan kesan seperti lebam pada badan, parut yang kekal, cacat anggota tubuh serta kesakitan yang berpanjangan.

2. Kekerasan emosi

Ia adalah perbuatan yang mengakibatkan ketakutan, hilang kepercayaan pada diri, ketidakmampuan untuk bertindak, ketidaktenteraman jiwa serta perasaan yang berkecamuk. Hal ini berlaku apabila dihamburkan dengan penghinaan, maki hamun dengan bahasa kesat, merendahkan harga diri, memaksa serta terlalu mengongkong, memberi ancaman dan menakut-nakutkan isteri dengan ugutan.

3. Kekerasan seksual

Ia adalah perbuatan menzalimi isteri melalui hubungan kelamin. Iaitu dengan menafikan serta mengabaikan keinginan isteri untuk bersama serta menjauhkan (mengasingkan) tempat tidur. Termasuk juga dalam kekerasan ini ialah dengan memaksa isteri bersama tanpa kerelaannya atau sewaktu dia dalam tempoh bercuti, mementingkan kepuasan diri sendiri sahaja dan sebagainya.

4. Kekerasan ekonomi

Ia adalah perbuatan mencuri hak isteri. Iaitu dengan cara memaksa isteri mencari pekerjaan atau duit sedangkan suami pula menghabiskannya dengan boros dan tidak bertempat. Suami malas dan tidak suka bekerja. Apa yang dimahukan hanyalah wang perbelanjaan hasil keringat isteri semata-mata. Sedangkan suamilah yang sepatutnya keluar mencari nafkah buat isteri serta anak-anak.

Jika dilihat kepada faktor berkenaan, sudah pasti sesebuah perkahwinan yang dibina tidak akan dinikmati jika suami bersikap sedemikian. Tidak dinafikan, antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya kekerasan dalam rumah tangga adalah disebabkan kurangnya ilmu perihal hukum-hakam dan perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. Ramai pasangan yang berkahwin, namun tidak bersedia dan kurang memahami peranan dalam menghadapi setiap permasalahan yang timbul.

Di akhir firman ALLAH ini disebutkan: "Kemudian jika kamu (rasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya." Ayat ini memberi garis panduan yang cukup hebat, iaitu akan ada waktu suami tidak menyenangi karenah isteri disebabkan tindakan yang dilakukan. Lalu ALLAH melarang ke atas suami agar jangan sesekali terburu-buru atau mudah menjatuhkan talak. Ini kerana ia boleh mencalarkan hubungan mulia yang terbina dalam ikatan perkahwinan.

Sebagai saranan khususnya bagi mereka yang merancang untuk mendirikan rumah tangga, diwajibkan untuk memahami selok-belok hubungan berkeluarga dengan sebaik mungkin. Ia penting bagi menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ke atas pasangan disebabkan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara.-Sinar Harian

USTAZ MOHAMAD AMIRO SAFWAN MOHD KAMIL, Penulis ialah Editor Kanan Karya Bestari.

Risiko Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).

Banyak risiko dan kesakitan yang terpaksa dihadapi oleh pasangan yang terperangkap di dalam kisah perkahwinan jarak jauh. 


Lebih terasa sakitnya berjauhan apabila sudah mempunyai zuriat bersama, isteri atau suami yang terpaksa berhempas pulas berseorangan tanpa pasangan.

Anak membesar yang memerlukan perhatian ibu atau bapanya kerana kurangnya salah seorang, besar kemungkinan anak membesar cara ibu atau bapanya itu. 

Sebagai contoh, jika bapanya adalah individu yang terpaksa berkhidmat di luar negara, dengan dibesarkan hanya dengan ibu. 

Kebebasan ibu keluar makan bersama rakan serta kesibukkan ibu menguruskan keluarga, akan membuatkan anak kurang kasih sayang serta mungkin memberikan kesan tidak baik pada anak itu tadi.

Tiada kemesraan antara satu sama lain juga salah satu risiko yang boleh diambil dari perkahwinan jarak jauh ini. Sama ada antara anak anak dengan ibu atau bapa yang bertugas di luar negara mahupun antara suami isteri.

Risiko seterusnya adalah rasa biasa tidak bersama mungkin kerana pasangan sudah terbiasa hidup berjauhan. 

Jadi, tiada apa dirasakan jika keluar berdua bersama teman belainan jantina. Yang terusnya itu boleh mendatangkan fitnah. 

Kerana rasa terbiasa itu sudah sebati, segala norma kehidupan tidak dipandang penting kerana mungkin niat keluar untuk makan atau pergi kerja bersama sahaja, tetapi mata yang melihat. 

Jangan kerana rasa sudah biasa itu nanti memakan diri, sehinggakan tidak kisah pasangan keluar dengan siapa.

Mungkin susah untuk kendalikan perkahwinan jarak jauh ini bagi sesetengah individu, tetapi tidak mustahil juga jika ada caranya. 

Kami akan kongsikan dengan pembaca tersayang mengenai tips kukuhkan cara kendali perkahwinan jarak jauh ini dalam artikel akan datang.

Tunggu tau!

Sumber: ikahwin

Friday, March 10, 2017

Cara Daftar Sebagai Pemilih Dan Semakan Lokasi Pengundian Secara Online.

Bagi anda yang masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.


Syarat Daftar Sebagai Pemilih
  • Warganegara Malaysia
  • Sudah mencapai umur 21 tahun
  • Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia
Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A
  • Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
  • Daftar mengikut alamat terkini di JPN
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul
Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:
  • Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
  • Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR
Nota:
  • Borang A yang telah lengkap diisi TIDAK BOLEH dihantar melalui pos, faks ataupun e-mel.
  • Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
BORANG A

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500.

MUAT TURUN: DOWNLOAD BORANG A

Borang A: Individu

Bagi permohonan pendaftaran oleh individu menggunakan Borang A –Siri IW, Bahagian IV akan diisi oleh Penolong Pendaftar Pemilih yang menerima borang tersebut daripada pemohon berkenaan.

Cara Mendaftar Melalui Pejabat Pos

Caranya:
  • Ambil nombor, setelah nombor dipanggil cakap, "Saya nak daftar sebagai pengundi".
  • Hulurkan kad pengenalan anda.
  • Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam komputer oleh staf yang bertugas di kaunter.
  • Lepas borang siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
  • Siap. 
Ajak rakan-rakan yang sudah layak untuk mendaftar!

Cara Mendaftar Selain Pejabat Pos
  • Pergi sendiri ke pusat-pusat pendaftaran.
  • Bawa bersama Kad Pengenalan.
  • Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang.
  • Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.
Pusat-pusat Pendaftaran Mengundi
  • Ibu Pejabat SPR Malaysia ,Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya. No. Telefon: 03-88856686
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri - Senarai Cawangan Spr
  • Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
  • Kaunter SPR melalui Program Outreach
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri - Kln.gov.my
  • Senarai Penolong Pendaftar
Semakan Lokasi Mengundi Secara Online


Anda juga boleh menyemak lokasi tempat pengundian secara online melalui laman web spr.

Caranya sangat mudah;
  • Klik pautan website spr di daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, contoh; 800808495629
  • Masukkan aksara captcha
  • Klik Semak
  • Maklumat anda akan dipaparkan
  • Selesai
Semoga memberi manfaat.

Sumber: catsfm