Showing posts with label vladimir putin. Show all posts
Showing posts with label vladimir putin. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

'Vladimir Putin' Ditahan Di Florida Amerika.

Vladimir Putin' ditahan polis selepas nekad menceroboh masuk sebuah pasar raya di Florida dan berbuat onar di dalamnya. 

Tetapi Vladimir Putin yang ini bukan Presiden Rusia. 


Putin yang satu ini adalah seorang warga AS berusia 48 tahun yang tinggal di West Palm Beach. Ia ditahan pada Ahad 21 Ogos kerana main masuk ke pasar raya dan berbuat ricuh.

Ia menolak meninggalkan pasar raya Publix di West Palm Beach setelah berbuat onar di situ. 

Menurut NBC News yang dikutip pada Selasa (31/8/2016), Putin berteriak kepada salah seorang pegawai pasar raya dan tak mau meninggalkan lokasi meski pengurus memintanya keluar beberapa kali. 

'Vladimir Putin' Ditahan di Supermarket Florida (NBCNews)

Putin sempat keluar, namun kembali lagi sambil berteriak kepada semua pekerja. 

Ketika polis datang untuk menjadi pengantara permasalahan, Putin curhat kalau ia tertinggal kenderaan dan ia tak akan meninggalkan pasar raya itu. 
Sebuah laporan menyebut, Putin tidak mahu memberikan nama asalnya kepada polis. Itu yang membuatnya ditahan kerana dianggap melawan petugas. 

Polis akhirnya mengetahui, bahawa lelaki West Palm beach itu namanya sama persis dengan orang terkuat Rusia yang berusia 63 tahun. 

Selepas proses penahanan ini, 'Putin' muda akan menghadapi mahkamah pada September mendatang.