Showing posts with label tatu canggih. Show all posts
Showing posts with label tatu canggih. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

TATU Canggih Yang Dapat Mengukur Kadar Gula Dalam Darah Anda.

Bagi pesakit diabetes rasa pedih akibat tusukan jarum dihujung jari merupakan rutin tidak menyenangkan yang harus mereka lalui untuk mendapatkan maklumat perubatan dalam darah mereka. Namun pada masa ini para pengamal kesihatan sedang berjuang untuk mencari cara lain yang lebih selesa dan boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat tahap gula di dalam darah. 


Setahun yang lalu, Google pernah mengumumkan pembangunan 'kanta kenalan' yang boleh mengukur tahap gula darah melalui air mata penggunanya. Tetapi, kebelakangan ini para nanoengineer, telah menemui cara yang jauh lebih mudah daripada kaedah kanta kenalan Google untuk memantau tahap gula darah bagi pesakit diabetes.

Amay Bandodkar, seorang penyelidik dari University of California, San Diego, berjaya mencipta sebuah sensor fleksibel yang bekerja menggunakan arus elektrik rendah untuk mengukur tahap glukosa di dalam badan penggunanya. Mengukur gula darah setiap harinya merupakan aktiviti penting bagi setiap pesakit diabetes, dengan mengukur tahap gula darah, para pesakit boleh memantau seberapa baik tubuh mereka mengatur tahap gula darah dan juga berapa banyak insulin yang mereka perlukan.

Namun, sayangnya tidak semua orang sanggup menghadapi jarum setiap harinya, banyak orang yang mengelakkan diperiksa kadar gula darah hanya kerana takut akan tusukan jarum. Hal ini sangat berisiko meningkatkan komplikasi perubatan mereka. Dengan peralatan baru hasil penemuan Amay Bandodkar ini para pesakit diabetes kini boleh bebas dari rasa sakit hasil tusukan jarum, peralatan ini diperbuat daripada elektrod yang dicetak di atas tattoo paper yang tipis. Kertas tatu ini boleh dibuang setelah selesai digunakan.

Dengan kos pengeluaran yang murah, tatu canggih sementara ini boleh menjadi penyelesaian yang berbaloi bagi para pesakit diabetes. Dalam laporannya di journal Analytical Chemistry, tatu ini sudah berjaya menyediakan tahap pengukuran yang tepat untuk tujuh orang dalam keadaan sihat. Dalam percubaan ini kesemua pesakit adalah lelaki dengan lingkungan umur 20 dan 40 tahun yang nondiabetik (sihat). Mereka semua dipasang tatu canggih sementara tersebut sebelum mengambil sandwich dan soda. Selepas menikmati hidangan kaya karbohidrat tadi, tatu yang dilekatkan pada tubuh mereka berjaya menunjukan peningkatan tahap glukosa di setiap pesakit sama seperti ketepatan device tradisional finger-stick.
Tatu canggih ini dapat menyediakan maklumat tahap glukosa dalam bentuk angka, dan pada masa ini para penyelidik perlu mencabut dan menganalisa device ini untuk mengukur maklumat yang diperolehi. Menurut Bandodkar tatu ini akan dilengkapi dengan keupayaan Bluetooth pada masa depan untuk menghantar maklumat secara real-time kepada doktor atau menyimpan data tersebut di dalam cloud store.

Para penyelidik berharap, tatu ini boleh digunakan untuk memantau komponen lain di dalam darah seperti tahap metabolisme, ubat tertentu atau alkohol dan zat-zat adiktif haram seperti d4dah. Namun, terlepas apa-apa pengaplikasian dari device ini satu perkara yang pasti: The less needles the better.