Showing posts with label mengandung kembar siam. Show all posts
Showing posts with label mengandung kembar siam. Show all posts

Monday, August 22, 2016

Sesuatu Yang Ada Di dalam Perut Kanak-kanak 15 Bulan Ini Sungguh Mengejutkan. Ternyata Di Perutnya Ada....

Seorang kanak-kanak berusia 15 bulan di New Delhi, India mengalami komplikasi kerana ada sesuatu yang mengejutkan didalam perutnya.

Kanak-kanak malang itu bernama Nisha. Ia harus dikejarkan ke hospital kerana penyakit komplikasi yang dialami.

Nisha sukar bernafas, perutnya semakin membesar dan tubuhnya terus lembek sehingga berbulan-bulan.

Melihat hal itu, Ibu Nisha, Sumathi terus membawanya kehospital untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan itu sungguh mengejutkan, ternyata didalam perut Nisha ada organ tubuh lain iaitu saudara kembarnya.


Untuk menyembuhkan komplikasi Nisha, ia harus dibedah untuk mengeluarkan saudara kembarnya tersebut.

Dan selepas operasi hasilnya lebih mengejutkan lagi, ternyata berat bayi yang ada didalam perut Nisha mempunyai berat kira-kira 3.5 kg. Dan bayinya berjumlah dua bukannya satu.


Kes seperti ini pun dikatakan sangat jarang berlaku, apa lagi saudara kembarnya sampai dua yang ada di perut Nisha.

Menurut doktor bayi kembar itu merupakan hasil pembuahan tak sempurna dan tertinggal di perut Nisha ketika dilahirkan.