Showing posts with label luar biasa. Show all posts
Showing posts with label luar biasa. Show all posts

Sunday, July 24, 2016

5 Haiwan Pengklonan Paling Popular di Dunia.

Istilah kloning dalam dunia Biologi merupakan sebuah proses yang menghasil individu-individu dari jenis yang sama, kemudian serupa secara genetik. Pengklonan adalah proses pembiakan aseksul yang biasa terjadi di alam dan dialami oleh bakteria, serangga dan tumbuhan. 

Namun istilah kloningan yang ramai diperdebatkan adalah versi bioteknologi atau pelbagai usaha yang dilakukan untuk menghasilkan salinan fail Dna, gen, sel ataupun organisma. Berikut adalah 5 haiwan hasil pengklonan di Dunia: 

1. Pengklonan Coyote di Korea Selatan

Hwang Woo Suk, Ilmuwan asal Korea Selatan mengumumkan kejayaannya dalam mengklon lapan anjing liar, Coyote (srigala padang rumput) pada Oktober 2011 lalu. Dalam melakukan kajiannya tersebit Hwang sepenuhnya disokong oleh kerajaan Provisinsi Gyeonggi, Korea Selatan. Bahkan pada pelancarannya dihadiri oleh Gubernur Kim Moon-Soo, menurutnya klon anjing liar Afrika sedang dilakukan dan pihaknya akan cuba untuk mengklon Mammoth di masa depan. Wow!

Dalam penyelidikan dan eksperimen tersebut Hwang mengambil sel dari kulit coyote yang kemudian ia transplantasikan ke dalam inti telur anjing. Setelah beberapa bulan lahirlah bayi coyote kloningan di Sooam Biotech Research Foundation pada 17 Jun 2011, kemudiam bayi coyote yang lain terlahir mengikuti. Prestasi tersebut memadam imej buruk Hwang sebagai saintis yang memalsukan sel induk manusia dari embrio kuning pada 2004 lalu.

2. Noori, Domba Pengklonan di Kashmir 

Sementara itu Sobat unik, saintis di India berjaya mengklon seekor kambing yang jarang berlaku asli Kashmir yang diberi nama Noori (cahaya). Dengan kejayaan pengklonan tersebut para ilmuwan India mengharapkan dapat meningkatkan jumlah haiwan yang jarang berlaku tersebut, kambing yang dikenal mempunyai bulu tebal dan halus. Masyarakat India, Kashmir dan sekitarnya biasanya menjadikan bulu kambing himalaya sebagai bahan wol yang dikenali dengan 'pashima' atau 'bulu Kashmir'. Menurut keterangan Dr. Riaz Ahmad Shah, kejayaan pengklonan tersebut boleh mencetuskan peningkatan populasi kambing Himalaya sehingga mencetuskan keghairahan pendapatan masyarakat di bidang tekstil dan Enterprise.

Sebelum ini Dr Riaz bersama keenam rakan saintis melakukan penyelidikan pengklonan ini selama hampir dua tahun. Dan meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, Dr. Riaz mengatakan bahawa ia bersama rakannya menggukan kaedah yang mudah, selamat dan paling murah untuk melakukan pengklonan. Dan semua aktiviti penyelidikan Dr. Riaz bersama keenam saintis yang dibiayai oleh Bank Dunia.

3. Pengklonan Babi GMO di China

Di China, tepatnya di Wilayah Heilongjiang lahir bayi babi hasil pengklonan hasil penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Liu Zhonghua dari Northeast Agricultural University pada Disember 2006. Pengklonan yang dilakukan terhadap babi berwarna hijau neon (sebelumnya disuntikkan protein green fluorescent) dan dikahwinkan dengan babi biasa, berjaya melahirkan bayi klon yang transgenik. Induk babi tersebut adalah satu daripada tiga babi hijau neon yang berjaya dibesarkan di dalam makmal milik Agricultural University.

Meski induknya merupakan babi berwarna hijau neon, namun hanya dua daripada 11 anaknya yang mempunyai warna yang sama. Menurut profesor Zhonghua lidah bayi babi neon tersebut terlihat menyala apabila terkena sinar ultraviolet, sehingg dapat disimpulkan bahawa bayi tersebut mewarisi genetikan sang induk. Namun berbeza dengan kesembilan saudaranya, walaupun mereka dilahirkan dalam masa yang berturut-turut. Sang profesor menyebutkan bahawa kaedah yang digunakan untuk kloningan di masa depan adalah teknologi nuklear Somatis atau pemindahan sel teras. Walaupun di Barat dan Asia (Jepun dan Korea Selatan) kaedah tersebut telah dikenali dan digunakan.

4. Ayam Tanpa Bulu di Israel

Sementara penyelidikan pengklonan di kawasan Timur Tengah dilakukan pada 2006 lalu oleh para saintis di Fakulti Genetik, Rehovot Institut di Tel Aviv, Israel. Para saintis tersebut berjaya mengklon genetik dua ekor ayam hingga tumbuh tanpa mempunyai bulu. Proses pengklonan yang dilakukan oleh para saintis Rehovot secara umum masih sama, mereka menyuntik sel dengan ciri-ciri yang telah ditentukan ke dalam telur ayam betina. Tujuan pengklonan yang dilakukan oleh para saintis tersebut cukup unik dan lucu, yakni memudahkan manusia untuk menikmati hidangan ayam tanpa perlu repot mencabuti bulunya ketika akan dimasak.

Walaupun tujuannya adalah keberkesanan dan efisiensi dalam jualan dan pemprosesan ayam sebagai sumber makanan, namun kloningan ini menuai banyak kecaman. Kerana banyak yang berpendapat bahawa ayam-ayam yang hidup tanpa bulu akan lebih tersiksa dalam mengahadapi perubahan iklim. Selain itu ayam-ayam tersebut akan terdedah terhadap serangan penyakit dan bakteria atau nyamuk. Menurut Joyse D'Silva dari Compassion in World FARMIN, ayam-ayam tersebut kelihatan menjijikkan dan apa yang dilakukan oleh saintis Israel tidak betul.

5. CC Alias ​​Carbon Copy, Kucing Pengklonan di Amerika Syarikat

Kucing merupakan haiwan sahabat manusia yang lucu, anggun namun lebih sering kelihatan bermalas-malasan dan manja di dekat majikannya. Pada 22 Disember 2001College of Veterinary Medicine di Texas, AS, berjaya melahirkan kucing klon bernama CC atau Carbon Copy. Sebuah penyelidikan pengklonan yang dipimpin oleh Dr. Mark Westhusin dan Dr. Taeyoung Shin, secara rasmi memasarkan hasil penyelidikan mereka pada 14 Februari 2001 di Nature-Science Journal.

Kucing CC merupakan kucing klon yang dilakukan dengan cara mendapatkan penderma genetik dari kucing Rainbow (sejenis kucing domestik calico). Walaupun demikian kloningan kucing CC tidak sama dan mirip dengan kucing Rainbow, kedua-duanya mempunyai warna rambut yang berbeza. Hal itu disebabkan oleh pengaturcara ulan epigenetika yang terjadi dalam persenyawaan embrio. Dan berita mengejutkan muncul pada 2006 kucing CC berjaya melahirkan tiga ekor bayinya hasil perkahwinan alami dengan kucing jantan. CC pun menjadi kucing kloning pertama yang melahirkan.

Friday, July 22, 2016

Tanah Luar Biasa Kerana Mempunyai Tujuh Jenis Warna.

Menghayati panorama dari atas bukit satu aktiviti yang menyeronokkan. Satu pemandangan yang sangat indah seperti berada di kawasan tinggi di Bukit Broga.

Namun di Mauritius, terdapat sebuah bukit yang telah mengalami fenomena warna tanah.

Fenomena tanah 7 warna ini telah menyebabkan kawasan ini dipenuhi dengan orang ramai.

Menakjubkan apabila di sebuah kawasan kecil perhampiran Chamarel, Mauritius, terdapat tanah yang mempunyai 7 warna yang menyerupai corak pelangi.

Kawasan yang hanya berkeluasan 7,500 kaki persegi itu terdiri daripada tanah berpasir yang berwarna merah, coklat, ungu, hijau, biru, kuning dan hitam.


Tanah yang mempunyai perbezaan warna itu dipercayai akibat pencairan batu daripada gunung berapi yang telah menyejuk pada suhu yang luar biasa. Indah dan besar betul ciptaan Tuhan ini.

Walaupun hadir pada skala kecil, namun fenomena itu dianggap luar biasa sehingga mampu menarik ramai pengungjung ke Chamarel.


Sehingga kini, puncanya masih belum diberitahu dengan begitu jelas, tetapi apa yang pasti ia adalah kejadian yang dianugerahkan kepada kawasan berkenaan.

Melihat kepada foto-foto ini, ia nampak hanya seperti sebuah lukisan. Tetapi percayalah kerana ia benar-benar berlaku.

Tuesday, May 17, 2016

Manusia Paling Pantas Bertutur Di Muka Bumi.

Sekali pandang, tiada apa pun yang istimewa mengenai lelaki ini. Tetapi, jika anda berpeluang berbual dengannya, pasti anda akan terpinga-pinqaa. Ini kerana setiap perkataan yang diungkap melalui mulutnya terlalu pantas sehingga sukar untuk kita fahami.


Steve Woodmore, merupakan satu-satunya manusia paling pantas bertutur dan dianggarkan empat kali lebih cepat berbanding manusia biasa.

Kedengaran seperti sesuatu yang agak mustahil namun itulah kestimewaan yang dimiliki oleh seorang lelaki dari Orpington, England ini.

Selain itu, kebolehan yang dimiliki oleh Woodmore turut berjaya menempatkan dirinya di dalam Guiness World of Record, jadi, tidak hairanlah jika dia mendapat gelaran sebagai "World fastest talker'.

Dengan gelaran tersebut, dia berjaya mencipta rekodnya sendiri dengan kiraan pertuturan 637 patah perkataan seminit sekaligus mendahului rekod yang sebelum ini dilakukan oleh John Moschitta, Jr. dengan kiraan 586 perkataan seminit.

Menurut Woodmore, kebolehan bertutur dengan pantas mula disedari ketika dia berumur tujuh tahun. Detik manis yang tidak boleh dilupakan adalah ketika zaman persekolahannya.

Kata lelaki itu, dia sering didenda oleh gurunya kerana suka bercakap sewaktu berada dl dalam kelas. Sebagai hukuman atas kesalahan tersebut, dia terpaksa membaca banyak bahan bacaan dan petikan-petikan ayat yang panjang.


Pernah satu ketika, ujar Woodmore, dia mendakwa berjaya membaca satu karangan panjang dalam tempoh dua minit.

Lantaran itu, guru yang selalu mendendanya terkejut kerana belum pernah ada orang lain yang mampu membaca karangan berkenaan sepantas itu.

Kalau ada pun, rekod masa yang berjaya dilakukan sebelum ini adalah selama lapan minit.

Disebabkan kelebihan yang dimilikinya, lelaki ini sering kali dipanggil untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton dan juga rakaman televisyen.
Antara persembahan tersebut adalah di BB'c 1Xtra Breakfast Show with Twin B, rancangan bual bicara Motor mouth dalam saluran British ITV television, dan banyak lagi rancangan tempatan dan juga luar negara.

Pada bulan Jun 2011 manusia terpantas bertutur ini pernah dijemput sebagai tetamu khas dalam satu acara berprestij di Dublin, Ireland.

Acara itu dianjurkan sempena perasmian pakej talian telefon yang dinamakan sebagai 50/50 phone oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain acara perasmian itu, semua orang awam yang menghadiri majlis tersebut turut ditawarkan untuk menyertai satu pertandingan khas.

Mereka dicabar bertutur sepantas mungkin bersama Woodmore sekali gus memecahkan rekod yang dilakukannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pertandingan itu yang disiarkan secara langsung gagal memecahkan rekod lama. Kesemua mereka yang bertanding gagal menewaskan Woodmore.

| SBP

Anunya Mampu Angkat Batu Seberat 30 Kilogram!

India: Seorang lelaki bernama Lal Baba dengan mudah mengangkat batu segi tiga seberat 30kg beberapa sentimeter dari tanah. Beliau memiliki badan yang agak pendek sehingga dia harus berdiri di atas dua batu bata untuk menunjukkan kekuatan luar biasanya.

Lal Baba yang juga seorang dukun berjaya mengangkat hanya beberapa sentimeter, tapi perbuatannya itu boleh mendatang kecederaan yang serius kepada zakarnya.

Tindakannya ini, untuk menunjukkan secara jelas bahawa mereka mempunyai keyakinan dalam kepercayaan agama yang mereka anuti.

Di dalam kekuatan mereka tidak menunjukkan gaya hidup seksual, tetapi mereka percaya yang mereka mampu mengawal dan mencegah nafsu-nafsu seksual, menyimpan tenaga itu sehingga secara mistik boleh diubah menjadi kekuatan fizikal dan spiritual.

Bikin panas pulak tengok 'anu' dia, mempunyai kekuatan luar biasa...ni tak bulih double...merana orang rumah nanti...hehe. - sentiasabikinpanas.com

Monday, May 16, 2016

Inilah Kubur Paling Luarbiasa Di Muka Bumi, Terletak Di Tengah Jalan!

Mungkin kubur seorang wanita bernama Nancy Kerlin Barnett ini boleh dikira paling luarbiasa dalam dunia!

Disebabkan kesungguhan waris-warisnya sebelum ini, kuburnya tidak jadi dipindahkan oleh pihak berkuasa bandaraya Indiana, Amerika dan kekallah kuburnya seorang di situ.

Nancy dilaporkan meninggal dunia ketika usianya 37 tahun pada tahun 1831. Mendiang meninggalkan seorang suami dan 11 anak.

Menunaikan hasrat mendiang isterinya yang ingin dikebumikan di tempat idamannya, di sebuah bukit kecil yang pada masa itu tidak lagi dibangunkan sehinggakan lama-kelamaan penduduk di sekitar itu pun menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak perkuburan penduduk-penduduk di situ.

Beberapa tahun kemudian selepas itu, pihak pemaju berniat untuk membangunkan sebuah jalan raya di situ sehingga memaksa kubur-kubur di situ dipindahkan ke satu lokasi lain.

Berpendirian teguh enggan membenarkan kubur mak dan nenek mereka dipindahkan, waris Nancy menentang keras cadangan itu sehingga memaksa pihak pemaju beralah dengan permintaan mereka itu.

Lalu hanya tinggal kubur Nancy di tengah-tengah jalan tersebut.

Untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pemandu-pemandu, waris Nancy telah menaikkan satu papan tanda yang menceritakan mengenai sejarah kubur tersebut di situ.


Sumber: Mynewshub.cc