Showing posts with label kolam renang awam. Show all posts
Showing posts with label kolam renang awam. Show all posts

Wednesday, September 28, 2016

3 Perkara Sering Berlaku Di Kolam Renang Awam.

Cuaca yang terik pastinya membuat kita ingin berendam dan berenang, apatah lagi jika melakukannya bersama keluarga, teman, ataupun pasangan. Namun beberapa perkara mengenai kolam renang awam ini mungkin sedikit mengejutkan.


Berikut penjelasannya: 

1. Banyak orang yang tidak sengaja menelan air kolam ketika berenang 

"Orang dewasa rata-rata menelan setengah auns air, sementara anak-anak biasanya menelan air dua kali ganda," ujar saintis dari University of Arizona, Kelly Reynolds, PhD. 
Aktiviti seperti memercik air, menyelam, dan meludah, boleh menularkan patogen dalam sistem tubuh anda, sehingga membuat tubuh anda sakit. 

2. Peluh, kotoran, minyak, cecair badan, semuanya ada dalam air kolam 

Memang, sebahagian besar hal-hal non-patogen yang berasal dari tubuh anda tidak boleh membuat anda sakit ketika anda berenang dan menelannya. Namun akan berbeza jika yang anda telan cecair yang berasal dari tubuh orang lain, kerana boleh membuat anda sakit teruk. 

3. Buang air besar kerap terjadi di kolam renang 

Kita semua tahu bahawa anak-anak kecil kencing di kolam renang. Namun mereka juga kadang-kadang buang air besar (walaupun hanya sedikit) di dalam air kolam, yang sebenarnya lebih kerap terjadi daripada yang anda fikirkan.

| SBP