Showing posts with label kesan memakai seluar ketat. Show all posts
Showing posts with label kesan memakai seluar ketat. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

Bahaya Seluar Ketat Yang Akan Mengganggu Kesihatan Lelaki Dan Wanita.

Wanita dan lelaki masa kini memakai pakaian ketat, baju dan seluar ketat sudah menjadi trend semua golongan. Kesan seluar dan baju ketat cukup berbahaya bagi kesihatan. Adakah anda selesa memakai seluar jeans ketat?

Para lelaki mungkin ingin mempertimbangkan kembali perkara ini. Bukan hanya memberikan kesan kesihatan jangka pendek seperti rasa tidak selesa hingga sakit, tetapi juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang pada kesihatan. 

Sebuah tinjauan dibuat pada 2000 lelaki di England yang dilakukan oleh Dr. Hilary Jones untuk TENA Men, didapati bahawa 1 daripada 10 orang lelaki yang memakai seluar jeans ketat mengalami kesan kesihatan yang tidak selesa. 

Secara perubatan, menggunakan seluar jeans ketat dan juga pakaian dalam yang terlalu ketat pada lelaki boleh mencetuskan terjadinya: infeksi saluran kencing, overactive bladder (pundi kencing yang terlalu aktif, sehingga sering kencing), penurunan jumlah pengeluaran sperma dan jangkitan kulat di kawasan pangkal paha. 


Proses pembentukan sperma sangat sensitif terhadap suhu. Diperlukan suhu optimum sekitar 34-35 darjah Celsius, sesuai dengan suhu tubuh manusia, Adanya masalah jumlah sperma dan pembentukan sperma yang kurang baik pada lelaki juga didakwa kerana adanya peningkatan suhu di kawasan kemaluan. 

Dalam hal ini, disebabkan suhu yang meningkat di kawasan pangkal paha kerana seluar jeans atau pakaian dalam yang terlalu ketat. Peningkatan suhu di kawasan sekitar testis telah diteliti, boleh menyebabkan kemerosotan pergerakan sperma, peningkatan kerosakan sperma dan penurunan fungsi sperma untuk persenyawaan. 

Gaya hidup tidak sihat dan tidak aktif, lebih sering duduk dan penumpukan lemak di sekitar perut juga merupakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan peningkatan suhu di sekitar testis. Selain itu, seluar jeans yang terlalu ketat juga boleh menyebabkan kecederaan testis pada lelaki. Untuk itu, disyorkan bagi para lelaki untuk memakai seluar jeans yang lebih longgar dan memberikan ruangan yang cukup untuk anda bergerak serta selesa untuk anda. 

Dan, bagi anda yang ingin berkeluarga, menggunakan seluar yang lebih longgar boleh membantu menjaga kesuburan anda.