Showing posts with label info dalam negara. Show all posts
Showing posts with label info dalam negara. Show all posts

Saturday, December 17, 2016

Dr. Jeffery Kitingan Diangkat Sebagai 'Paramount Thinker' Atau 'Huguan Siou Lundu Mirongod'.

Sejarah baru dicipta pada 16 haribulan lalu, president BDF (Borneo Dayak Forum), Dr. Jeffrey Kitingan telah dilantik menjadi "Huguan Siou Lundu Mirongod" atau "Paramount Thinker".


Jikalau abang Dr. Jeffrey Kitingan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan diangkat menjadi "Paramount Leader (Huguan Siou)" untuk kaum Dusunic dan Murutic di North Borneo, Dr. Jeffery pula diangkat sebagai "Paramount Thinker" atau "Huguan Siou Lundu Mirongod". Title Huguan Siou merupakan suatu gelaran untuk seorang pemimpin perang pada zaman dahulu kala, yang pada saat ini diberikan konotasi baru sebagai title untuk pemimpin ethnic. 

Gelar Huguan Siou itu diberikan oleh suku Dusun Tangara (Kadazan) kepada abangnya (Tan Sri Joseph Pairin) pada tahun 1984 sementara gelar "Lundu Mirongod" pula diberikan kepada Jeffery Kitingan oleh suku Dusun Tindal dari Kota Belud, North Borneo. Kedua-dua tokoh ini merupakan adik beradik, Dr. Jeffery adalah adik kepada Tan Sri Joseph Pairin yang juga rival beliau dlm politik.

Dalam bahasa Dusun dialek Tindal, Lundu Mirongod merupakan gelaran yang memiliki erti "Pemikir Agung" atau "Pemimpin Berwawasan". Dalam dialek Dusun Bundu-Liwan pula title itu dikenali dgn istilah "Lundu Pulanu"

Gelaran itu diberikan kepadanya kerana pencapaian beliau dalam beberapa bidang terutama dalam intelektual dan sehingga memberikan kesedaran intelektual juga bagi rakyat Sabah terutama dalam sosio-politik (KD). Gelaran ini merupakan sebuah gelaran yang bertujuan untuk mengangkat seorang individu yang paling berjaya dalam bidang intelektual sebagai simbol sekaligus contoh bagi masyarakat peribumi Borneo yang memiliki pencapaian intelektual tertinggi.

Gelaran ini amat sesuai untuk Dr. Jeffrey, kerana beliau merupakan orang pertama di North Borneo (mungkin juga di seluruh Borneo?) yang mendapat gelaran PhD dari Harvard University. Perlantikan ini dipimpin oleh Chief Bobolian Dusun yang bernama "Bobolian Aman Sirom Simbuna OT. Tarantab", melalui adat istiadat Dusun Tindal, Kota Belud. Upacara diadakan di Kg. Bangkahak, Kota Belud. Bobolian Aman Sirom Simbuna merupakan Chief Bobolian Dusunic, yang juga penjaga warisan adat istiadat dan kebudayaan Dusunic.
Dalam upacara ini, beberapa pemimpin Dayak dari Kalimantan, Indonesia juga datang terutama perwakilan dari Majlis Adat Dayak Nasional (MADN), Dewan Adat Dayak (DAD), Dayak National Congress, dan juga perwakilan-perwakilan Dayak dari Sarawak. Dr. Jeffrey sebelum ini sudah tiga kali menolak tawaran untuk diangkat menjadi "Lundu Mirongod", kerana beliau bimbang title tersebut akan mengundang salah faham dari rakyat sebagai title untuk menyaingi Huguan Siou. 

Walau bagaimanpun, setelah beliau diangkat menjadi president BDF (Borneo Dayak Forum) pada tahun 2010, barulah beliau menerima tawaran tersebut. Beliau menegaskan bahwa gelaran Huguan Siou dan Lundu Mirongod merupakan dua gelaran yang berbeza dan tidak bermaksud untuk menyaingi Huguan Siou. Beliau ditahbis menjadi "Lundu Mirongod Lundu Pulanu" pada 12/16/2016 lalu.


Monday, November 7, 2016

TMJ 'Tembak' Tujuh Lelaki Baju Merah.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.


Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.

Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.

Klip video itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.

Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".

Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata beliau tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning, sebaliknya bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.

"Perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian," katanya.

Dalam protes di Malaysiakini semalam, beberapa anggota pergerakan baju merah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri.
Mereka menunjukkan kehebatan dengan membenarkan diri mereka dipukul berulang kali menggunakan keping kayu.

Malah, salah seorang peserta memecahkan batu blok dengan kepalanya.

Baju merah ditubuhkan bagi menentang gabungan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang memimpin baju merah berikrar menghimpunkan 300,000 peserta sebagai himpunan balas bagi membantah perhimpunan BERSIH yang dijadual pada 19 November ini.

'TMJ hanya bergurau'

Jamal dalam satu kiriman dalam kumpulan WhatsApp berkata beliau menganggap TMJ bergurau dengan menghasilkan video tersebut.

"Sebagai seorang raja, dengan siapa lagi baginda mahu bergurau sudah pasti dengan rakyat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana respon dengan persembahan silat gerakan baju merah. Daulat tuanku. Hidup TMJ.

"Yang buruk datang daripada BERSIH yang baik daripada Allah. Merah, merah merah. Lawan tetap lawan," katanya.

Monday, October 31, 2016

Harga Minyak Untuk Bulan November Naik Lagi, Tertinggi Untuk Tahun 2016.

Harga minyak naik lagi untuk dua bulan berturut-turut.


Untuk November 2016, harga baru RON 95 ditetapkan pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.30 seliter dan diesel pada RM1.90 seliter, menurut Paultan.

Ini bermakna berlaku kenaikan 15sen untuk setiap jenis minyak bermula tengah malam ini.

Harga baru ni juga sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.
Harga baru ini lebih tinggi berbanding Januari tahun ini apabila RON95 ditetapkan pada harga RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60).

Harga jualan paling rendah tahun ini dicatat pada bulan Mac.

Berbanding harga itu, harga diesel menunjukkan perbezaan 48 peratus.

RON95 naik 22 peratus sejak Mac manakala RON97 pula 18 peratus.


Kerajaan menentukan harga minyak melalui sistem apungan terkawal yang mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kekuatan mata wang negara untuk bulan sebelumnya.

Sumber: Malaysiakini | SBP

Wednesday, October 26, 2016

Malang Berganda, Kebakaran Kali Kedua Dalam Masa 24 Jam Di HSA.

Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai di kawasan bilik pembedahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), sebentar tadi. 

KAKITANGAN Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan orang awam diarah meninggalkan pekarangan hospital selepas berlaku kebakaran kali kedua di hospital berkenaan. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari tadi dan kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan itu di tingkat satu selain bau kesan terbakar. 

KAKITANGAN Hospital Sultanah Aminah (HSA) memindahkan pesakit ke kawasan selamat selepas berlaku kebakaran kali kedua di hospital berkenaan. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Ketika ini, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi, bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu. 
Tinjauan juga mendapati beberapa petugas HSA membawa keluar pesakit bagi mengosongkan bangunan.

Sumber: BHarian Online

Monday, October 24, 2016

[5 Gambar] Jururawat Muda 'DIBARIS' Bergilir-gilir Ketika Mabuk.

Keseronokan seorang jururawat muda berhibur dengan dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di Kapit, berakhir dengan dia dibuang di tepi jalan di kawasan perindustrian Bleteh selepas dipercayai dirogol secara bergilir-gilir. 


Semasa ditemui pada pukul 6.30 pagi kelmarin, jururawat desa di sebuah pusat kesihatan di daerah ini dalam keadaan terbaring separuh bogel dan tidak sedarkan diri dipercayai kerana terlalu mabuk. 

Penemuan mangsa yang ber­usia 22 tahun itu menimbulkan perhatian orang ramai yang lalu-lalang di kawasan perindustrian tersebut. 
Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freedy Bian berkata, sebelum ke­jadian, mangsa di­kata­kan berhibur ber­sama dua kenalan lelaki yang baru dikenali di sebuah pusat karaoke di sini. 

Bagaimanapun, me­nurut beliau, selepas berhibur di dua buah pusat karaoke pada malam sama, mangsa kemudian dipercayai diperkosa oleh kedua-dua kenalannya yang dikatakan pekerja kilang. “Selepas dinodai mangsa di­percayai sengaja ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedarkan diri,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.





Sumber: KOSMO! | SBP

Tuesday, October 4, 2016

Helikopter Tentera Terhempas Di Tawau.

Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.

Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.











Sumber: Bharian Online

Friday, September 30, 2016

Bini Naik Hantu, Gigit Dan Telan Jari Suami.

Seorang wanita naik hantu dengan menggigit jari kelengkeng kiri suaminya hingga putus dan dipercayai menelannya kerana berang lelaki itu pulang lewat, kelmarin.


Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Lereng Bukit di sini. Sumber berkata, akibat perbuatan ganas isterinya itu, mangsa berusia 26 tahun putus jari kelengkeng sepanjang kira-kira satu sentimeter.

Menurutnya, wanita berusia 21 tahun itu turut dikatakan menelan jari yang putus berikutan mangsa gagal menemui cebisan itu di rumah.
“Ketika kejadian, mangsa baru pulang ke rumah dari membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya. “Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu mengamuk kerana mangsa pulang lewat dan bertindak ganas dengan menggigit jari suaminya.

“Tanpa belas ihsan wanita itu membiarkan suaminya menanggung kesakitan sehingga pagi,” katanya. Katanya, tindakan wanita itu mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, pagi semalam.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu, kira-kira jam 2 petang, semalam. “

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori sayur berkahwin dengan wanita terbabit tahun lalu dan dikurniakan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan.

“Sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan di Balai Polis Lutong kerana dibelasah isterinya hanya kerana kesalahan kecil,” katanya.

| SBP