Showing posts with label info dalam negara. Show all posts
Showing posts with label info dalam negara. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Hati-hati Jika Anda Membeli-belah Di Minimarket Menggunakan Kad Debit. Ikuti Luahan Rasa Dari Pengalaman Lelaki Ini.

Hati-hati ketika membeli-belah di minimarket menggunakan kad debit. Ini kerana, seorang lelaki hampir saja menjadi korban penipuan ketika membeli-belah di minimarket dengan menggunakan kad tersebut.


Lee Sang Hok, nama lelaki yang hampir menjadi korban kecurangan yang dilakukan oleh juruwang di minimarket tempat ia membeli-belah.

Melalui akaun facebooknya Lee menceritakan pengalamannya yang hampir menjadi mangsa penipuan di minimarket. Pada masa itu dia membeli-belah beberapa makanan dan minuman ringan yang jumlahnya tidak seberapa di sebuah minimarket di ibunegara bersama isterinya.

Pada masa melakukan pembayaran dengan kad debit, ada yang aneh dengan resit pembayarannya.
"Ketika membeli-belah di suatu minimarket, kami dilayani oleh juruwang yg berpenampilan manis & dengan pakaian serba tertutup. Ini mengesahkan dia seorang yg sangat religius. Pertama kami pakai kad debit BCA, namun gagal. Kemudian kami ganti pakai kad kredit BCA. Setelah melihat resit bayaran, kami terus menanyakan apa maksud dari AMBIL TUNAI RM62. Juruwang menjawab bahawa itu hanya salah picit saja dan tiada transaksi tunai," demikian dipetik dari akaun Lee Sang Hok.

Tapi, dia tidak percaya, dan pergi memeriksa ke ATM. Ternyata memang ada pengeluaran yang berjumlah RM62 dari kad debitnya. Dia tahu juruwang sempat melakukan pembayaran kad kredit.

"Selepas itu, kami kembali ke juruwang dan mengatakan bahawa benar-benar ada potongan RM62 dan minta juruwang mengembalikan kepada kami RM62 untuk AMBIL TUNAI. Juruwang dengan wajah tanpa dosa memohon maaf kerana keliru dan memberikan kami RM62."

Lee berharap agar kejadian ini tidak menimpa orang lain lagi. Dan dia juga berharap agar orang ramai lebih teliti ketika membeli-belah di minimarket menggunakan kad debit.

Thursday, September 1, 2016

Dengan Siapakah Rakyat Ingin Minta Pertolongan Jikalau Polis Pun Takut Penjenayah?

Sibu: Pintu pagar Balai Polis Lanang di Sarawak terpaksa ditutup menjelang waktu malam demi keselamatan anggota dan balai berkenaan.

“Bagaimanapun, masih ada anggota yang bertugas di dalam balai dan jika ada orang mahu membuat aduan, mereka barulah buka pintu,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah yang dipetik See Hua Daily News, semalam.


Adun Bukit Assek, Irene Chang meminta polis meneliti aduan orang awam yang Balai Polis Lanang tidak dibuka 24 jam sehari, selepas seorang orang awam tidak dapat membuat laporan polis berkaitan kecurian motosikalnya pada jam 5.30 pagi, baru-baru ini, kerana balai itu dianggap tutup berdasarkan keadaannya yang gelap dan hanya lampu di pintu pagar bernyala.

Disebabkan itu, Irene berkata, pengadu tidak berani masuk ke dalam balai berkenaan, sebaliknya pergi ke Balai Polis Central di pusat bandar untuk membuat laporan.

Saiful Bahari berkata, sebelum ini ada pemandu kereta mabuk melanggar pintu pagar balai polis itu dan penjenayah yang berdiri di luar pintu pagar melontar batu ke arah balai polis.

Selain itu, ada juga individu yang membaling mercun ke kawasan lapang balai berkenaan.

Beliau berkata, bangunan menempatkan Balai Polis Lanang adalah kediaman pegawai di dalam kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Bangunan itu sudah berusia 40 tahun, pencahayaan lampu di bangunan lama juga tidak terang, ditambah lampu jalan yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan gelap (di balai),” katanya.

Beliau berkata, Balai Polis Lanang dibuka pada 2004 bagi memudahkan penduduk Lanang dan kawasan sekitar.

Sejak Januari tahun ini sehingga Ahad lalu, sebanyak 3,320 laporan diterima Balai Polis Lanang. - Free Malaysia Today

Tuesday, August 23, 2016

Kulit Seperti Terbakar, Gatal-Gatal Dan Kemerahan. Setelah Diselidiki Inilah KRIM Kecantikan Yang Menjadi PUNCA!!!

Akibat menggunakan produk kecantikan murah, seorang pembantu jualan di Econsave Kota Tinggi terpaksa menanggung malu dan derita apabila wajahnya ditumbuhi tompok-tompok putih seakan-akan panau, lapor Sinar Harian & Harian Metro.

Zainani Zakaria, 48, sebelum ini menggunakan krim kosmetik jenama lain, tetapi membuat keputusan untuk menggunakan produk yang harganya lebih murah, diperkenalkan oleh rakannya.

Malangnya, wajah Zainani mula menunjukkan kesan sampingan selepas beberapa kali menggunakan krim tersebut. Keadaan bertambah lebih buruk apabila dia kembali menggunakan produk kosmetik yang sebelumnya.


"Kulit muka saya mengalami kemerahan dan gatal-gatal. Kulit terasa seperti mengelupas terbakar, luka dan berdarah. Sebahagian kecil bulu mata dan kening menjadi warna putih," katanya yang kini terpaksa memakai topeng muka kerana malu berdepan dengan pelanggan yang bertanya.

"Saya rasa malu apabila wajah saya menjadi perhatian orang ramai sehingga ada yang bertanya kenapa dan sebagainya. Pernah cuba mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit, tetapi kosnya yang terlalu tinggi menyebabkan saya tidak dapat meneruskan rawatan. Kemudian, rakan menyarankan saya mencuba madu kelulut. Alhamdulillah ada sedikit kesan positif," katanya.

Zainani juga telah membuat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Kesihatan Johor Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Kedua-dua pihak berkenaan mengesahkan bahawa dakwaan wujudnya kesan sampingan menggunakan produk itu sememangnya berasas.

"Surat itu juga memaklumkan mereka telah melakukan siasatan awal berdasarkan maklumat sampel produk yang saya berikan. Saya cuma berharap orang ramai terutamanya wanita berhati-hati memilih produk kecantikan.

"Saya berkongsi masalah ini bukan kerana mahukan wang tetapi berharap agar ada pihak yang dapat membantu saya memulihkan kembali wajah ini kerana saya tidak mampu keluarkan kos yang besar," katanya. - PIXEL MEDIA

INI PUN MENARIK JUGA DIBACA: Ubat-Ubatan Asal China Ini Dibuat Dari Daging Bayi Manusia. Hati-Hati Jangan Sampai Anda Memakannya.


Nota kaki: Untuk makluman, nama produk yang digunakan oleh mangsa tidak didedahkan oleh kedua-dua agensi berita tersebut berikutan dakwaan mangsa masih lagi dalam siasatan. Pengguna dinasihatkan tidak membeli sebarang produk kosmetik yang tidak berdaftar dan tidak mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Friday, July 29, 2016

28 Pegawai Imigresen, Isteri Pelakon Ditahan.

Isteri kepada seorang pelakon terkenal merupakan antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya, kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.


Noor Rashid berkata polis tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kanan imigresen yang terlibat dalam kes itu.

Beliau berkata siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. - Bernama

Saturday, July 9, 2016

Amerika Menasihati Rakyatnya Berhati-hati Semasa Berada Di Malaysia.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengeluarkan peringatan kepada rakyatnya mengenai keperluan supaya berhati-hati dan kesedaran keselamatan peribadi semasa dalam perjalanan di Malaysia.

Kedutaan itu mengeluarkan mesej keselamatan itu yang disiarkan di laman webnya dua hari lalu, susulan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan elemen militan Negara Islam (IS) dalam letupan di sebuah kelab malam di Puchong, dan juga beberapa serangan lain di Bangladesh, Turki, Iraq, Arab Saudi dan Indonesia.

Pada masa lalu, pengganas merancang serangan mereka bertepatan dengan beberapa tarikh penting, kata kedutaan itu.


"Pada masa ini, kedutaan Amerika Syarikat tidak mengetahui sebarang ancaman pengganas khusus kepada rakyat Amerika Syarikat di Malaysia.

"(Namun) rakyat Amerika Syarikat perlu sentiasa berhati-hati pada setiap masa semasa dalam perjalanan; rakyat Amerika Syarikat di luar negara mungkin menjadi sasaran oleh kumpulan pelampau tanpa mengira di negara mana mereka berada."

Ia juga menasihatkan rakyatnya untuk mengkaji semula pelan keselamatan peribadi, kekal sedar berhubung persekitaran, termasuk acara tempatan, dan memantau stesen berita tempatan untuk maklumat terkini.

"Kekalkan tahap yang tinggi berwaspada, ambil langkah-langkah sewajarnya untuk meningkatkan keselamatan peribadi anda, dan ikut arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sumber: malaysiakini.com

Saturday, July 2, 2016

Pemenang Bidaan Plat F1.

Putrajaya: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 iaitu nombor baharu bagi Putrajaya dengan harga RM836,660.

Keputusan nombor plat berkenaan ditampal di Kementerian Pengangkutan Bahagian Perlesenen Kenderaan, kira kira 3 petang tadi.

Ia dituruti dengan nombor plat F2 yang dibida sebanyak RM514,800 diikuti F9 dan F7 masing masing berharga RM404,800 dan RM396,000.

Sebelum ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan nombor pendaftaran baharu kenderaan untuk Putrajaya, 'F1' mampu dijual sehingga melebihi RM1 juta.


Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad dipetik berkata, jumlah yang akan dibida bagi nombor pendaftaran baharu itu tidak ditetapkan dan adalah terbuka kepada mana-mana pihak yang berminat memilikinya.

Sumber: hmetro.com.my

Thursday, June 30, 2016

Korban Terbaru Difteria.

Putrajaya: Tiga belas kes disahkan difteria dengan lima kematian dilaporkan berlaku dalam negara sehingga hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut rekod Melaka mempunyai tiga kes dengan satu kematian; Kedah enam kes dengan satu kematian dan Sabah empat kes dengan tiga kematian.

"Sebanyak dua kes terbaru disahkan berlaku di Sabah, membabitkan seorang kanak-kanak warganegara berumur tiga tahun yang tiada sejarah menerima imunisasi difteria.

"Pesakit disahkan difteria pada 23 Jun dan meninggal dunia kelmarin, manakala kes kedua pula adalah kanak-kanak bukan warganegara berumur lima tahun dan disahkan difteria semalam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, mangsa kini dirawat di wad pengasingan hospital dan dalam keadaan stabil.

"Anggota kesihatan di semua negeri sudah sedia maklum kejadian difteria ini dan meningkatkan aktiviti pengawasan masing-masing.

"Perkhidmatan imunisasi di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta juga dilaporkan mendapat sambutan yang memberansangkan," katanya.

Sumber: hmetro.com.my