Showing posts with label hutang malaysia. Show all posts
Showing posts with label hutang malaysia. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

TANAH MALAYA Buat Hal, Negara-negara BORNEO TERPALIT SAMA. Hutang PERSEKUTUAN MALAYSIA Hampir RM1 Trillion.

Hutang Persekutuan Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia!


Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Persekutuan Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.

MALAYSIA TERTINGGI BERBANDING KOREA SELATAN, SINGAPURA, JEPUN DAN INDONESIA

Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia”. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.

Semakan menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang Persekutuan Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.



AMARAN KU LI

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang Persekutuan Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang Persekutuan Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Persekutuan Malaysia di masa akan datang untung menanggung.

P/S: Dikala ekonomi Persekutuan Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Persekutuan Malaysia.

Sumber: beritasemasa.com.my