Showing posts with label harga proton persona baru. Show all posts
Showing posts with label harga proton persona baru. Show all posts

Wednesday, August 24, 2016

Proton Persona Versi Baharu Dilancarkan.

AKHIRNYA, model terbaharu Proton Persona dilancarkan secara rasmi secara serentak di seluruh negara pada Selasa selepas Proton Holdings Berhad melancarkan Perdana versi baharu generasi keempat baru-baru ini.

Persona tersebut malah didatangkan dengan tiga model terpilih termasuk Standard, Executive dan Premium - yang semuanya dijana oleh enjin berkuasa 1.6 liter DOHC empat silinder VVT petrol.

Lebih menarik, semuanya mempunyai standard keselamatan lima bintang ASEAN NCAP kerana dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian lain

Ia turut didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).


Struktur badannya lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini teknologi Hot Press Forming. Model serba baharu ini ialah generasi kedua keluarga Persona yang mula diperkenalkan pada 2007.

Enam pilihan warna juga ditawarkan kepada bakal pembeli Persona iaitu Midnight Black, Sterling Silver, Cotton White, Graphite Grey, Fire Red dan warna baharu di pasaran, Carnelian Brown.


Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi suasana ketenangan ketika memandu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebelum ini dilaporkan berkata pengeluar kereta nasional itu menawarkan perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang meliputi alat ganti dan perkhidmatan buruh.


Ia sebagai tawaran pengenalan untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016 dan langkah unik tersebut bertujuan menjadikan pelancaran model baharu itu lebih diingati seiring dengan bulan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah harga yang ditawarkan termasuk insurans:

1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metalik).
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metalik).
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metalik).
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metalik), bodykit tambahan RM1,000.

- Mynewshub.cc/HAA