Showing posts with label gunung berkembar. Show all posts
Showing posts with label gunung berkembar. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Petua Membesarkan Gunung Wanita Dengan Cepat, Cantik Lembut, Padat Gebu Dan Sedap Mata Memandang.

Saiz gunung berkembar yang kecil membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan diri sendiri dan secara tidak langsung keayuan dan keunggulannya tidak menyerlah. Hal ini menyukarkan wanita terbabit untuk berpenampilan menarik dan anggun serta sukar untuk memilih saiz bra yang bersesuaian.

Untuk pengetahuan, wikipedia memaklumkan bahawa gunung berkembar ialah bahagian ventral atas pada tubuh badan manusia. Gunung berkembar bagi wanita lebih ketara berbanding lelaki dan mengandungi kelenjar mama yang merembeskan susu untuk memberi makan bayi. Gunung bagi seorang wanita mula berkembang selepas memasuki alam baligh.

Tips petua cara membesarkan gunung wanita dengan cepat

Bagi membesarkan gunung berkembar, apa yang perlu dilakukan adalah senaman. Tidak dinafikan banyak produk-produk diluar sana yang menjanjikan pembesaran gunung yang melibatkan pemakanan vitamin dan pil serta terdapat juga jenis krim untuk disapukan di sekitar gunung namun cara senaman ini lebih selamat bahkan menyihatkan tubuh badan.
  • Gunung besar tapi stamina kurang = KERUGIAN.
  • Gunung besar tapi antibodi badan lemah = KERUGIAN.
  • Gunung besar tapi kos pembesaran tinggi = KERUGIAN.
  • Namun, gunung besar dan sihat tubuh badan = KEUNTUNGAN.
Senaman membesarkan gunung wanita

Senaman Push-up - Senaman ini terbahagi kepada dua iaitu push-up untuk lelaki dan juga push-up untuk perempuan. Jika senaman push-up untuk lelaki terlalu berat untuk anda lakukan, pilihlah senaman push-up untuk wanita. Senaman ini menjadikan otot dada dan juga bahu anda bukan hanya terlatih namun juga memiliki kekuatan dan kepadatannya.

Keadaan otot dada dan bahu yang demikian akan memastikan ukuran gunung berkembar anda berubah saiz menjadi lebih besar dan padat dari sebelumnya namun tetap lembut bila disentuh. Cara besarkan gunung dengan push up ini selain efektif, ia juga mudah dilakukan kerana tidak membawa kesan sampingan bagi kesihatan tubuh yang lain.

Lakukanlah senaman ini 4-5 kali seminggu dalam masa 5-10 minit lamanya untuk permulaan. Seeloknya senaman ini dilakukan di awal pagi selepas bangun dari tidur. Bila tubuh badan anda sudah boleh menerima senaman ini maka anda bolehlah lakukan senaman ini setiap hari sehingga hasilnya memuaskan.

Penjagaan pemakanan untuk kesihatan gunung berkembar

Kacang Soya - Banyakkan memakan kacang soya. Kacang soya mempunyai kandungan estrogen semulajadi (genistein) yang terikat pada reseptor gunung berkembar perempuan. Zat ini juga mampu membantu mencegah pertumbuhan kanser gunung berkembar.

Jauhi Arak - Elakkan meminum minuman beralkohol. Minuman beralkohol dapat meningkatkan risiko terkena kanser gunung berkembar. Meminum 2 gelas minuman beralkohol dipercayai mempunyai risiko terkena kanser 21% lebih tinggi.

Sayuran Segar - Banyakkan memakan sayur segar seperti brokoli yang mengandungi sulforaphane. Ia dapat mencegah pembiakan sel-sel kanser.

Ikan Laut Segar - Banyakkan memakan ikan laut segar kerana banyak mengandungi asid omega. Asid omega ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem keimunan tubuh dan menghalang pengaruh tumor yang dapat berkembang menjadi kanser.

Bersihkan Selalu - Bersihkan gunung berkembar secara rutin. Hal ini dapat dilakukan menggunakan kain lap yang dibasahi dengan air suam.

Baca juga:


Membesarkan gunung berkembar menggunakan masker buatan sendiri

Bukan sahaja wajah muka, akan tetapi gunung juga boleh diberikan masker khas untuk menjaga keindahan, kepadatan, dan kelembutannya. Beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai masker gunung berkembar diantara adalah:

Kacang Panjang
Kisar kacang panjang hingga halus kemudian tambahkan sedikit air sehingga agak kental. Gunakan untuk menyelaputi seluruh bahagian gunung berkembar kecuali bahagian puting. Letakkan masker selama 15 minit lalu bilas dengan air suam. Masker dari kacang panjang ini dipercayai dapat membesarkan ukuran gunung berkembar.

Yogurt dan Telur
Campur sesudu yogurt asli dan sebiji telur, boleh juga ditambahkan vitamin E. Sapukan secara rata di seluruh permukaan gunung berkembar, urut perlahan-lahan agar masker meresap. Setelah dibiarkan selama 20 minit, basuhlah dengan air hangat hingga bersih.

Epal dan Susu
Dua buah epal dipotong kecil-kecil lalu dicampurkan dengan 1 liter susu. Didihkan di atas api hingga kental seperti pasta. Setelah dibiarkan sejuk sapukan ke seluruh permukaan gunung berkembar. Masker ini dipercaya dapat membuat kulit gunung berkembar menjadi kencang dan padat serta berseri-seri dan tetap lembut.

*Peringatan / warning:
Masker ini mungkin tidak bersesuaian bagi sesetengah orang yang memiliki alergik tertentu. Sekiranya terdapat masalah sampingan selepas menggunakan masker ini, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan nasihat dan pandangan serta rawatan sekiranya perlu.