Showing posts with label fakta telur. Show all posts
Showing posts with label fakta telur. Show all posts

Monday, July 18, 2016

12 Fakta Menarik Tentang Telur.

Telur ayam terkenal dengan protein yang tinggi, yang mempunyai banyak manfaat untuk tubuh, baik anak-anak, remaja, maupun orang dewasa, sangat disyorkan pengambilannya untuk mengekalkan kesihatan. Jom baca fakta menarik tentang telur:

1. Cengkerang telur diperbuat daripada karbonat kalsium, yang juga menjadi bahan antasida. Cengkerang telur ini mempunyai berat 9-12% dari berat keseluruhan telur, dan mengandungi liang-liang yang membolehkan oksigen, karbon dioksida, dan wap keluar. 

2. Menurut Iowa Egg Council, bahan utama putih telur adalah protein yang disebut albumen, dan juga mengandungi niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), magnesium, potassium, sodium, dan belerang. Putih telur mengandungi 57% protein telur. 

3. Warna kuning telur ditentukan oleh makanan induk ayam. Semakin banyak pigmen kuning dan orange yang dimakan induk ayam, semakin jelas warnanya. 

4. Warna dalam telur berbeza-beza dengan usia dan faktor lain. Menurut Egg Safety Center, putih telur yang mendung menunjukkan bahawa telur sangat segar. Putih telur jernih menunjukkan telur mulai menua, putih telur berwarna merah jambu atau warna-warni bererti telur rosak, dan telur ini tak sesuai dimakan. 

5. Darah yang kadang kelihatan dalam telur berasal dari pecahnya pembuluh darah kecil di kuning telur. 

6. Apabila keluar, telur mempunyai suhu sekitar 105 darjah Fahrenheit. Apabila sejuk, cecair dalam telur mengecut, dan membentuk sel udara di antara dua lapisan hujung telur. Anda boleh melihat sel udara itu saat telur rebus dikupas. 

7. Rata-rata induk ayam boleh menghasilkan 250-270 telur setiap tahun.

8. Telur putih disukai sebahagian besar Amerika Syarikat (AS), tapi telur coklat lebih disukai di UK. Warna induk ayam menunjukkan warna telurnya. Menurut American Egg Board, tak ada perbezaan ketara antara warna telur. 

9. Perlu waktu 24-26 jam bagi telur agar terbentuk di dalam induk ayam. Pertama, sel telur berkembang menjadi kuning di dalam ovari. Pada ovulasi, folikel pecah, dan kuning telur dilepaskan ke dalam tabung yang disebut saluran telur. Pada perjalanannya melalui tabung ke rahim, albumen disimpan di sekitar kuning telur, dan kemudian membentuk membran di sekitar albumen. Cangkang terbentuk dalam rahim. Kemudian telur keluar, dan selepas kira-kira 30 minit, proses bertelur boleh dilakukan lagi. 

10. Kira-kira 75 bilion telur dihasilkan di AS tiap tahun, iaitu kira-kira 10% jumlah telur dunia . Dari jumlah tersebut, 60% digunakan untuk pengambilan, 9% digunakan industri perkhidmatan makanan. Selebihnya diproses dan digunakan untuk produk seperti mayonis, marshmallow dan campuran kek. China merupakan pembekal telur terbesar, menghasilkan kira-kira 390 bilion telur tiap tahun, kira-kira setengah bekalan dunia . 

11​​. Ayam belanda juga bertelur, tapi anda tak akan mendapati telur ayam belanda di kedai. Ayam belanda memerlukan ruang untuk bersarang, sehingga mereka mempunyai naluri keibuan kuat daripada ayam. Oleh itu, mengambil telur mereka sukar dilakukan. Dinosaur juga bertelur, dan kadang-kadang dinosaur jantan bertanggungjawab 'menduduki' mereka, menurut kajian edisi Disember 2008 jurnal Science. 

12. Analisa sarang telur dinosaur membantu menyelesaikan teka-teki kuno. Penyelidik Canada melaporkan bahawa telur ada sebelum ayam, kerana dinosaur membentuk sarang dan bertelur jauh sebelum burung (termasuk ayam) ada yang merupakan hasil evolusi dari dinosaur, menurut kajian di jurnal Paleontologi 2008.