Showing posts with label descendants of the sun. Show all posts
Showing posts with label descendants of the sun. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Song Joong Ki, Song Hye Kyo Berpaling Kepada Lee Min Ho.

Bintang drama Descendants of the Sun (DOTS), Song Joong Ki dan Song Hye Kyo punya projek bersama Lee Min Ho. Namun hingga sekarang projek itu belum dikeluarkan. Lee Min Ho membocorkan kebersamaan mereka melalui sebuah wawancara.

Dikutip dari movienewsguide.com, Lee Min Ho menyebut Song Hye Kyo sebagai jenis gadis ideal. Lee Min Ho dan Song Hye Kyo terlibat dalam projek berbeza pada masa ini. Kesibukan Song Hye Kyo dengan projek bersama Lee Min Ho ini disebut sebagai alasan Song Hye Kyo tidak membintangi sekuel Descendants of the Sun.

Song Joong ki, Song Hye Kyo dan Lee Min Ho
Song Hye Kyo belum memutuskan sama ada akan bermain drama atau layar lebar. Ia mengatakan kemungkinan besar akan kembali ke dunia layar lebar yang diceburinya sebelum membintangi drama KBS itu. Ia mengaku belum ingin bermain drama sehingga belum sempat membaca tawaran sejumlah projek drama yang diberikan padanya.

"Aku belum ada idea. Aku dapat beberapa tawaran drama tapi aku belum boleh baca-baca naskah projek selanjutnya," ungkap Song Hye Kyo.

Meski ingin bermain filem lagi, Song Hye Kyo mengakui punya projek drama selanjutnya yang ia impikan. Selain itu ia kini sedar tak mudah baginya untuk mengambil projek lain kerana kejayaan Descendants of the Sun yang bakal melekat kuat untuk masa yang lama.