Showing posts with label bikin panas. Show all posts
Showing posts with label bikin panas. Show all posts

Thursday, September 1, 2016

Hotel Mewah 10 Ribu Bilik di Kota Suci Mekah Diselubungi Kontroversi Panas.

Sebuah hotel bernama Abraj Kudai di Saudi Arabia disebut-sebut akan menjadi hotel terbesar sedunia. Betapa tidak, bangunan itu mempunyai 45 tingkat dan mempunyai 10,000 bilik.

Dipetik dari News.com.au, bangunan yang diibaratkan sebagai 'permata' pada mahkota Kota Suci Mekah ini akan dibuka tahun depan. Namun bukan tanpa cabaran.


Ada beberapa masalah berkaitan dengan pembangunan hotel mewah ini. Mulai dari jatuhnya kren hingga tuduhan pencabulan Kota Suci. Baru-baru ini mencuat juga keraguan tentang masa depan yang besar itu.

Ketika diungkap pada tahun lalu, rancangan-rancangan Abraj Kudai sangat mengesankan. The Guardian  mengistilahkan seakan-akan, bangunan itu direka oleh pengasas Disneyland.

Hotel kolosal ini mempunyai 12 menara yang mengelilingi podium 10 tingkat dengan keluasan ruang sehingga 1.4 juta meter persegi. Gayanya pun seperti "benteng gurun pasir".

Pada akhirnya, bangunan ini akan menaungi 70 restoran, sebuah pusat membeli-belah dan beberapa kawasan kuliner. Lalu ada sebuah stesen bas, empat landasan helikopter (helipad), balai pertemuan mewah, pusat persidangan dan 10 ribu bilik tetamu.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Dar Al-Handasah)

Ada 5 tingkat yang bukan untuk umum kerana dikhususkan bagi keluarga kerajaan Saudi. Semua bangunan dalam kompleks menawarkan penginapan bintang empat atau lima.

Hotel ini terletak di Daerah Manafia yang berjarak kira-kira 2 kilometer dari Masjidil Haram dan dirancang untuk melayani 2 juta jemaah yang datang ke masjid selama ibadah haji.

Dar Al-Handasah Group, sebuah syarikat konglomerasi global, adalah pihak yang melakukan perancangan. Pembiayaan sendiri berasal dari Menteri Kewangan Saudi Arabia. Hotel ini nantinya jauh lebih besar daripada First World Hotel di Malaysia yang mempunyai 'hanya' 7,300 bilik tamu.

Ancaman Bagi Kesucian Mekah?

Ketika rancangan Abraj Kudai diumumkan kira-kira 2 tahun lalu, keluhan pun bermunculan.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap Kota Suci Mekah. Bandar itu sendiri sekarang mempunyai bangunan ke tiga tertinggi sedunia, iaitu menara jam Abraj al-Bait setinggi 600 meter.

Menara jam itu pun sudah membayangi Masjidil Haram. Di Jeddah, tak jauh dari Mekah, sedang berlangsung pembangunan Menara Jeddah yang digadang-gadang menjadi bangunan tertinggi sedunia.

Abraj al-Bait, menara jam setinggi 600 meter di Mekah. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber foundtheworld.com)

Irfan Al-Alawi, pengarah Islamic Heritage Research Foundation yang berpusat di Inggeris, menjelaskan kepada The Guardian, "Segala sesuatu disingkirkan untuk memberi tempat kepada hotel-hotel mewah yang malah mencemar kesucian tempat ini dan 'menyingkirkan' para jemaah biasa."

"Ini adalah hari-hari terakhir Mekah. Ibadah haji seharusnya menjadi simbol ketabahan dan kesederhanaan, tetapi malah menjadi pengalaman yang lebih mirip dengan Las Vegas yang tak terjangkau oleh kebanyakan jemaah."

Ziauddin Sardar, penulis buku "Mecca: The Sacred City" memberi amaran kepada pembangunan yang amat besar sejenis Abraj Kudai di Saudi telah mengubah kota suci "menjadi Disneyland".

Ia berkata pihak Saudi penggusuran bangunan-bangunan lama yang menjadi ciri seni bina khas Mekah dan diganti dengan "metropolis mewah" serta "kerlap-kerlip seni bina".

Keraguan Masa Depan

Bandar ini muncul beberapa soalan tentang berhasilnya pembangunan Abraj Kudai. Sejak satu tahun terakhir, ada sejumlah masalah besar yang melibatkan rakan kongsi pembangunan ini, The Saudi Binladin Group.

The Saudi Binladin Group adalah salah satu syarikat terbesar bidang pembinaan di negeri tersebut, antara lain melalui pembangunan projek mega King Abdullah Economic City dekat Mekah dan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.
Pada 11 September tahun lalu, ketika sedang dilakukan pekerjaan pembangunan di Masjidil Haram, salah satu alat kerek milik syarikat itu roboh dilanda badai sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang dan mencederakan lebih daripada 400 orang lain.

The Saudi Binladin Group memecat beribu-ribu pekerja untuk mengelakkan bencana kewangan. Kemudian, para pekerja di Jeddah, Mekah, dan Riyadh melakukan protes kerana belum mendapat gaji. Sebuah bas syarikat sempat dibakar.

Persoalan yang menghantui syarikat itu semakin parah dengan merosotnya harga minyak bumi yang membawa kesan berantai kepada ekonomi Saudi.

Tumbangnya alat kren milik kontraktor, Binladin Group. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Al Jazirah Online)

Kerajaan melakukan penjimatan sehingga masa depan The Saudi Binladin Group pun boleh dipersoalkan. Para ahli ekonomi mempersoalkan projek ini.

Tarik Dogru, pembantu profesor kewangan dan perakaunan hospitalitas di Boston University menduga projek itu tidak akan siap sekurang-kurangnya hingga 2018.

Katanya kepada Forbes, "Keputusan mengenai bila dan bagaimana menyelesaikan Abraj Kudai bergantung kepada kerajaan, dan mungkin akan menjadi petunjuk penting tentang bagaimana penstrukturan semula ekonomi Saudi Arabia."

Sehubungan dengan tragedi alat kren tersebut, keluarga bin Laden dilarang ikut dalam projek-projek baru dan diminta menghentikan projek-projek yang sedang berlangsung, termasuk hotel Abraj Kudai. Demikian juga dengan projek Menara Jeddah.

Friday, August 26, 2016

Gadis Ini Kongsi Kisah Hitam, Yang Pasti Akan Membuat Anda Lebih BERHATI-HATI Dengan Keluarga Sendiri!!!

Salam encik azmi....Nama saya as on fb. Regarding case yg tgh encik bangkitkan, i would like to share my own experience with you. Im going to write in malay so everyone (terutama org kampung kita) can understand and i wish they "terhantuk dan terjaga".

Please hide my indentiti ye....

Masa umur saya 2 tahun bapa saya meninggal jadi mak saya kena kerja. Mak saya tinggalkan saya dengan nenek. Di sinilah mula sejarah hitam bila nenek saya selalu tinggalkan saya main dengan pakcik saya. Saya tak tau umur dia berapa. Dia akan ajak saya main dalam bilik upah keropok. Masa tu umur saya 3 atau 4 tahun. Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok. Saya ambik keropok dan lari sekuat hati keluar rumah pergi rumah kawan.


Bila malam, nenek suruh tidur dengan pakcik, saya tanak, saya nagis lepas tu nenek pukul. Saya tak kisah, saya tidur depan bilik tidur nenek saya, asalkan bukan dengan pakcik. Pakcik selalu suruh duduk atas peha tapi saya tanak. Semua orang cakap saya budak jahat. Dorang kata saya budak degil. Tak menurut cakap. Saya nak mengadupun mesti dorang tak percaya jadi saya diamkan je.

Tapi..

Cerita saya tak habis kat situ je.

Saya cakap dengan mama, saya nak ikut kerja, tanak dah tinggal dengan nenek. Mungkin nama saya kesian, jadi setuju bawa saya sekali.

Masa tinggal dengan mama abang sulung selalu ada kat rumah sebab dia taknak pergi sekolah, dia bergaul dengan budak budak dari indonesia pekerja ladang kat kampung kami, orang2 tu tengok video lucah dia pun tengok.

One day, saya terjaga sebab saya rasa ada orang tarik seluar saya, saya terus bangun lari keluar rumah. So dia gagal hari tu.

Saya bagitau mama, mama tak percaya. Mama cakap saya buat cerita. Mama suruh saya tidur dengan abang sulung lagi. Sebab saya takde kakak kat rumah, kakak saya kat asrama. Saya tanak, saya nagis dan kena pukul lagi.

Bulan demi bulan abang sulung try lagi buat benda yg sama. Saya nagis kuat kuat sampai mama terjaga. Mama pukul lagi. Haih..

Akhirnya saya dah darjah 1 dan sya dapat duduk asrama. Rumah dengan sekolah jauh so sekolah sediakan asrama. Memang sangat gembira jauh dari semua lelaki jahat. Tapi.. kat sekolah saya semua cikgu lelaki. Ada sorang cikgu tu dia memang gatal, nak minta cium la apa la. Pernah sekali dia nak raba pelajar perempuan. Emm.. sory to say la tapi budak kampung memang naif tak reti apa, budak tu biar je. Dia darjah 6 saya baru darjah 1 time tu. Saya geram saya lapor kat warden asrama. Tapi tak taulah ada tindakan ke takde.

Saya pindah sekolah, ikut mama ke kuala lumpur sebab dia kawin baru. Alhamdulillah.. jauh dari dorang semua. Mama saya dah balik semula ke kampung tapi saya taknak ikut, mama saya tak kasi duduk sini tapi saya cakap saya tanak jumpa sesiapa kat kampung. Saya tak bagitau la pasal apa yang mereka buat sebab tau dah mama takan percaya.

Saya ambil keputusan kahwin even baru 18 tahun time tu sebab better kahwin ada orang lindungi saya daripada balik sana jumpa manusia manusia yang bersifat haiwan.

Mereka berani buat jahat sebab ibu bapa bukan percayapun kalau budak2 bagitahu. Dorang akan pukul kata budak jahat dan macam2.

Saya taklah benci mak dan nenek saya tapi sebab mereka tidak peka benda benda macam ni boleh jadi kat saya.

Patutnya adik beradik lelaki dan perempuan pisahkan bilik dan awasi pergualan mereka. Begitu juga dengan pakcik semua tu. Tolonglah jangan percaya dorang jaga anak kita.

Berpuluh tahun saya simpan rahsia ni sebab taknak malu, tapi benda ni makin serius dan ada yang tak percaya benda ni jadi. Mereka ingat rogol semua ni cuma orang luar je boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sampai lupa nak lindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah.. Allah lindungi saya. Saya tak jadi mangsa rogol sebab saya jenis degil, kalau orang buat saya nagis je, takpun saya jerit atau gigit lepas tu lari.

Apa jadi kalau saya bukan jenis yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak share detail cerita tapi pahit sgt nak kenang. Bila teringat rasa meluap luap benci kat mereka.

Terima kasih encik azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat :).

Please share this for our Malay readers as requested by the original writer. Please change your setting to public to increase the awareness. 


Sumber:- Syed Azmi

Thursday, August 25, 2016

Waktu Interview Kerja. Korang Mesti TERKEJUT Apa Yang Bos Melayu Tu Suruh. MENAKUTKAN!!!

Assalamualaikum. Haa kat sini aku nak tanya sikit laa. Pernah ke korg pergi interview, org yg interview korg tu suruh korg buat benda pelik pelik? Okay cerita dia mcm nie, aku baru je lepas balik dari interview kerani dekat 1 company melayu nie. Company dotdotdot. Aku nie ada diploma. Di sebabkan aku dh lama sangat menganggur so aku cuba utk apply jadi kerani kat company tu. Tu pun kawan kepada kawan aku rekemen kan.

Sampai dkt company tu, dia suruh masuk bilik. Dia suruh duduk, then aku duduk la. Baru je duduk dia sua kan mangkuk abu rokok dia, dia suruh aku pergi basuh. Okay aku basuh la. dah settle basuh, aku masuk blik dia balik lepastu dia suruh letak air aku keluar balik then dia suruh isikan air banyak okay fine aku kluar balik isi bagi penuh.


Haa dah settle bab tu, dia pun tanya nama penuh. Aku pun bagitau la sekian sekian, lepastu dia suruh aku nyanyi. Aku segan la dalam hati dh pelik kenapa suruh aku nyanyi. Dia paksa nyanyi. Aku pun nyanyi lagu negara ku. Dah settle. Aku duduk. Dia tanya berat badan aku, dia tanya saiz pinggang then dia tanya saiz dada. eh dalam hati “kenapa ni” tapi aku bagitau la semua.

Settle tu dia suruh nganga mulut nak tgk gigi lubang ke tak, jari ada kudung ke tak. Aku konfius, aku nie mntak kerja kerani ke apa kan. Aku ikutkan jela. Lepastu dia suruh aku tulis karangan 3pages. Selama sejam ! Dia suruh menulis guna tangan. Okay fine. Lepastu dah settle dia suruh taip guna laptop. Interview saja dh makan masa sejam lebih.

Last dia cakap, esok datang lagi utk sambung interview sejam. Hmmm skrg aku nak tanya, mmg macam tu ke proses interview je? Aku keliru sbb sebelum nie tak pernah jadi mcm nie haaaa. Hmm perlu ke aku pergi lagi utk esoknya? - Lily. KREDIT IIUM.

Tuesday, August 23, 2016

Ubat-ubatan Asal China Ini Dibuat Dari Daging Bayi Manusia. Hati-hati Jangan Sampai Anda Memakannya.

Hati-hati dengan ubat-ubatan berasal dari China saat ini. Kerana di Korea Selatan sudah ditemui ubat-ubatan berupa penyembuh segala macam penyakit dan penguat stamina yang diperbuat daripada daging manusia.

Ubat-ubatan ini seolah-olah memang tidak ada yang aneh, hanya saja setelah diperiksa lebih lanjut, ternyata pihak berkuasa mendapat bukti yang cukup mengejutkan.

Para penyelidik kesihatan dan kastam meradang, mereka mendapati bukti bahawa ubat-ubatan itu mengandungi unsur manusia, iaitu daging manusia.

Ubat-ubatan itu diperbuat daripada daging manusia iaitu daripada bayi-bayi hasil pengguguran dan bayi yang sudah mati. Mayat bayi-bayi itu dibawa ke sebuah padang di mana mereka disejukkan, dan kemudian dimasak dalam microwave pengeringan perubatan. Ketika kulit bayi telah benar-benar kering, mereka kemudian menghancurkannya hingga menjadi serbuk.

Setelah menjadi serbuk, barulah daging bayi itu dijadikan kapsul dan diberi tambahan herba untuk menyembunyikan bahan sebenarnya dari uji klinikal penyelidik kesihatan dan pegawai kastam.

Plasenta bayi memang banyak dicari, kerana diyakini mempunyai kandungan yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Namun faktanya, kapsul daging manusia mengandungi bakteria super, dan bahan-bahan berbahaya lain.

Sunday, August 21, 2016

Ayah Tiri Ini Kejam Betul, Mau Bunuh Anaknya Dengan Cara Dilempar Ke Kolam Buaya.

Seorang lelaki bernama Dereck Dunn (28thn) ditangkap kerana disyaki telah melakukan kekerasan terhadap anak tirinya dan mengancam akan melemparkan anak tirinya itu ke dalam kolam buaya.

Awalnya kanak-kanak 8 tahun itu, ditinggalkan oleh ibu dan datuknya di rumah bersama dengan Dunn, kerana ibu dan datuknya ada keperluan di tempat lain.

Lalu, kanak-kanak itu di seksa di rumahnya oleh Dunn. Kanak-kanak itu ditampar dan ditekan wajahnya ke karpet hingga ia sukar bernafas.

Lalu, kanak-kanak itu lari ke dalam peti pakaian, dan Dunn terus mengejarnya. Di sana Dunn memukulnya dengan ikat pinggang dan menampar dia berkali-kali.


Selepas itu kanak-kanak tersebut dipaksa memakai pakaian wanita dan juga mahkota. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke laman belakang, diangkat dan diancam akan dilemparkan ke kolam yang ada buayanya di belakang rumahnya.

Terdapat bekas luka di pipi kanan dan bahagian mata serta lebam di punggung, lengan dan kakinya akibat penyeksaan tersebut.

Walaupun sudah tertangkap, Dunn tetap tidak mengakui dia telah melakukan penyeksaan tersebut. Ibu kanak-kanak itu, Andrea Pritchard juga membelanya.

Ia mengatakan kepada polis, yang dia melihat Dunn memukul punggung anak lelakinya dengan menggunakan tangan, bukan tali pinggang.

Dia juga mengatakan, Dunn hanya bergurau semasa memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelakinya dan mengancam akan melemparkannya ke kolam buaya.

Namun, walaupun sudah dibela, Dunn tetap di penjara dan hanya boleh dilepaskan jika ia membayar wang jaminan setinggi 7,500 dolar AS.

Thursday, July 28, 2016

Sadisnya... Suami GILA Gam TUT-TUTTTTTT Isterinya!

Seorang suami kuat cemburu yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain telah merancang untuk membalas dendam dengan meletakkan 'superglue' di alat tut-tut isterinya.

Lelaki itu begitu obses dengan 'naluri hatinya' mengesyaki wanita berusia 40 tahun itu 'tidur' dengan bapa saudaranya setelah dia menghantar isterinya itu ke rumah lelaki berkenaan di Afrika Selatan. Lelaki berusia 45 tahun itu mengurung mangsa di dalam bilik dan memaksanya membuka kesemua pakaian sambil mengugut mahu memenggal kepala mangsa dengan parang jika arahannya tidak dituruti. 


"Dia mengarahkan saya baring dan mengangkang sebelum dia meletakkan 'superglue' di bahagian alat sulit saya. Saya menangis meminta dia menghentikan perbuatan itu tetapi dia tidak mengendahkan rayuan saya. Saya tidak tahu mengapa dia tergamak membuat saya seperti itu." 

Mangsa kemudian cuba membuang gam itu dan bimbang dia tidak dapat membuat hubungan kelamin serta menderita kesakitan. Mangsa mahu lelaki itu ditangkap oleh polis namun bimbang suaminya akan kembali mengancamnya. 

"Saya mahu buat dakwaan tetapi dia telah melarikan diri dan tidak pernah muncul selepas kejadian itu. "Saya takut dia akan kembali bila-bila masa dan memenggal kepala saya," katanya. KREDIT THEHYEPMEDIA

Thursday, May 19, 2016

Kerana Manusia, Leher Kucing Hampir Putus.

Semakin hilang sifat dan naluri seorang manusia pada si pelaku ni. Di ikatnya getah pada leher kucing ini hingga akhirnya seperti apa yang anda lihat dalam gambar. Kucing ini nak makan dan minum pun susah.

Aduhhh...geram yang amat dalam kat pelaku yang menyeksa binatang ni.




Apalah salah kucing ni...cuba fikir la..ada dia ganggu kau punya duit? tak kan...manusia...kau tu ada otak, jangan kejam sangat dengan binatang ni. - sentiasabikinpanas.com