Tuesday, August 23, 2016

Ubat-ubatan Asal China Ini Dibuat Dari Daging Bayi Manusia. Hati-hati Jangan Sampai Anda Memakannya.

Hati-hati dengan ubat-ubatan berasal dari China saat ini. Kerana di Korea Selatan sudah ditemui ubat-ubatan berupa penyembuh segala macam penyakit dan penguat stamina yang diperbuat daripada daging manusia.

Ubat-ubatan ini seolah-olah memang tidak ada yang aneh, hanya saja setelah diperiksa lebih lanjut, ternyata pihak berkuasa mendapat bukti yang cukup mengejutkan.

Para penyelidik kesihatan dan kastam meradang, mereka mendapati bukti bahawa ubat-ubatan itu mengandungi unsur manusia, iaitu daging manusia.

Ubat-ubatan itu diperbuat daripada daging manusia iaitu daripada bayi-bayi hasil pengguguran dan bayi yang sudah mati. Mayat bayi-bayi itu dibawa ke sebuah padang di mana mereka disejukkan, dan kemudian dimasak dalam microwave pengeringan perubatan. Ketika kulit bayi telah benar-benar kering, mereka kemudian menghancurkannya hingga menjadi serbuk.

Setelah menjadi serbuk, barulah daging bayi itu dijadikan kapsul dan diberi tambahan herba untuk menyembunyikan bahan sebenarnya dari uji klinikal penyelidik kesihatan dan pegawai kastam.

Plasenta bayi memang banyak dicari, kerana diyakini mempunyai kandungan yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Namun faktanya, kapsul daging manusia mengandungi bakteria super, dan bahan-bahan berbahaya lain.