Sunday, February 12, 2017

WhatsApp Perkenalkan Sistem Pengesahan Dua Langkah.

SETELAH beberapa bulan pengujian, WhatsApp akhirnya telah mengumumkan bahawa ia akan mengeluarkan ciri penentusahan dua langkah kepada semua penggunanya di seluruh platform Android, iPhone dan Windows.


Dengan pengesahan dua faktor WhatsApp ini, pengguna akan perlu memberikan kod laluan enam digit apabila mendaftarkan lagi nombor telefon dengan WhatsApp atau sebarang percubaan untuk mengesahkan nombor telefon mereka menerusi aplikasi berkenaan.

Bagi membolehkan ciri-ciri keselamatan pilihan ini, pengguna perlu membuka WhatsApp > Settings > Account > Two-step verification > Enable, menurut syarikat itu dalam kenyataannya.

Selepas memasang ciri berkenaan, pengguna perlu memasukkan kod laluan WhatsApp pilihan mereka dan boleh memberikan alamat e-mel supaya mereka dapat memulihkan semula akaun mereka walaupun terlupa kod laluan.

Syarikat itu menjelaskan dalam laman FAQ bagi ciri tersebut.
Alamat e-mel ini akan membolehkan WhatsApp menghantar pautan menerusi e-mel kepada anda untuk menutup penentusahan dua langkah sekiranya anda terlupa kod laluan enam digit dan juga membantu melindungi akaun anda.
WhatsApp juga menekankan bahawa ia tidak menentu sahkan alamat e-mel berkenaan untuk mengesahkan ketepatannya. Oleh itu, para pengguna diingati supaya memastikan bahawa mereka memberikan alamat e-mel yang tepat supaya tidak tersekat daripada akaun mereka jika terlupa kod laluan.
Selain itu, jika penentusahan dua langkah WhatsApp dipasang, nombor telefon pengguna tidak dibenarkan untuk pengesahan semula pada aplikasi berkenaan dalam tempoh tujuh hari menggunakan WhatsApp tanpa kod laluan.

Ini bermakna, jika pengguna terlupa kod laluan mereka, dan tidak memberikan alamat e-mel untuk mematikan pengesahan dua langkah WhatsApp, pengguna sendiri tidak akan dibenarkan untuk mengesahkan semula pada aplikasi berkenaan dalam tempoh tujuh hari kali terakhir menggunakannya, menurut syarikat itu lagi.
Selepas tujuh hari, nombor anda akan dibenarkan untuk mengesahkan semula pada WhatsApp tanpa kod laluan tetapi anda akan kehilangan semua mesej belum dibaca sebaik pengesahan semula, semuanya akan dipadam.
Jika nombor anda disahkan semula di WhatsApp selepas 30 hari kali terakhir menggunakan WhatsApp dan tanpa kod laluan anda, akaun anda akan dipadamkan dan akaun baru akan dibuka sebaik pengesahan semula.
| SBP