Tuesday, February 21, 2017

Korea Utara Latih Pembunuh Dari Kalangan Wanita Cantik.

Korea Utara melaksanakan program perisikan dikenali ‘perangkap madu’ dengan melatih wanita-wanita cantik untuk memikat sasaran dan membunuh mereka, lapor portal Mirror kelmarin.


Ejen-ejen perisik itu dipilih berdasarkan kepintaran dan kecantikan mereka dan perlu menjalani latihan selama lapan tahun. Mereka kemudian diberi tugas untuk melakukan pembunuhan seperti yang berlaku ke atas Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Menurut portal berita tersebut, ejen-ejen wanita itu dilatih di sebuah sekolah perisikan di kawasan pergunungan terpencil di Korea Utara.

Rekrut yang gagal berdepan hukuman mati ataupun menyebabkan keluarga mereka akan dibunuh.
Wanita yang terpilih akan menjalani pelbagai latihan termasuk seni mempertahankan diri, teknik membuat bom, pengintipan sasaran dan pengendalian senjata api.

Ejen-ejen itu dipilih dalam kalangan wanita cantik dari sekolah tinggi atau universiti di serata Korea Utara.

Latihan sukar selama lapan tahun itu direka bagi memastikan mereka bersedia untuk melakukan tugas kejam sekiranya diarahkan oleh Jong-un.

| SBP