Friday, February 17, 2017

Keputusan STPM 2016 Akan Dikeluarkan Pada 28 Februari Ini.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan dikeluarkan pada 28 Februari ini. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Dr Jamil Adimin, berkata seramai 43,325 calon menduduki STPM tahun lalu, membabitkan 738 pusat peperiksaan di seluruh negara.


Sehubungan itu, katanya, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan, mulai jam 12 tengah hari.

Semakan Keputusan STPM 2016 pada 28 Februari ini

“Calon persendirian individu pula akan memperoleh keputusan STPM mereka melalui pos,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Jamil berkata calon boleh menggunakan kaedah semakan lain menerusi SMS dengan menaip STPM RESULT dan hantarkan ke 15888.
Beliau berkata semakan juga boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

#INFO

* 42,845 - calon sekolah kerajaan.

* 264 - calon sekolah swasta.

* 114 - calon persendirian individu.

* 12 - calon sekolah kerajaan negeri.

| SBP