Wednesday, February 15, 2017

Inilah Asal Usulnya Burung Ungu 'Headbanging' Yang Tiba-tiba Viral Di FB!!

Perasaan tak tiba-tiba dekat komen FB trending pasal burung ungu buat headbanging, bersepah-sepah dan ramai tak tahu apa sebabnya. Banyak komen dibanjiri dengan sticker fb ini. Nampaknya burung ini akan menjadi 'meme' selepas abam "Salt Bae". Korang mesti kenal siapa dia kan?


Tapi, sekarang ini kami nak cerita pasal burung ini, puas kami geledah akhirnya baru tahu asal-usul dan sebab kenapa dia tiba-tiba jadi trending secara tiba-tiba. Meh sini kami jelaskan!

Trash Doves


Nama burung ini adalah Trash Dove ia mula diwujudkan sebagai satu lukisan oleh seorang artist dan illustrator dari Florida, Syd Weller. Pada mulanya, beliau melakarkan beberapa siri lukisan burung merpati secara live stream di facebook miliknya, segala koleksi akan dilakukan secara langsung.

Lihat koleksinya di bawah ini.


(Klik pada gambar untuk melihat animasinya)

Seperti yang kita dapat lihat dalam gambar di atas, salah satunya adalah Trash Doves sendiri. Dalam banyak-banyak lakaran, Trash Dove yang menjadi kegemaran para peminatnya.

Macam Mana Boleh Viral?

Para peminatnya ambil lakaran tersebut sebagai 'Facebook stickers' dimana ia mula dikongsikan pada awal Februari lepas. Ia kemudiannya merebak di FB sehingga ada beberapa orang di Thailand mula jadikan Trash Doves ini sebagai meme dan terus viral ke serata dunia. (lihat video dibawah)


Syd Weller

Share Maklumat Ini Kepada Rakan-rakan Anda...

Jom klik video dibawah: