Saturday, February 18, 2017

Facebook Jadi Pencabar Terbesar Kepada LinkedIn.

Facebook semalam mulai membenarkan perniagaan di AS atau Kanada menyiar pekerjaan dan menerima permohonan daripada pencari pekerjaan, sekali gus menimbulkan cabaran kepada LinkedIn milik Microsoft.

Pengguna platform boleh mencari pekerjaan yang memerlukan bantuan di laman perniagaan di Facebook atau mencari penanda buku ‘pekerjaan’ baru di aplikasi peranti rangkaian sosial terkenal.

LinkedIn kini mendapat persaingan apabila Facebook mulai membenarkan perniagaan di AS atau Kanada menyiar pekerjaan dan menerima permohonan daripada pencari pekerjaan.

“Perniagaan dan orang telah pun menggunakan Facebook untuk mengisi dan mencari pekerjaan, maka kami sedang memperkenalkan ciri-ciri baru yang membenarkan penyiaran dan permohonan pekerjaan secara langsung di Facebook,” kata syarikat Internet yang berpangkalan di California dalam mesej di Internet.

Penyiaran pekerjaan mungkin muncul di bahagian news feed jika syarikat membayar untuk mempromosi mereka.

Mengklik pada butang “memohon sekarang” akan membuka borang online yang telah pun diisi dengan maklumat relevan daripada profil Facebook seseorang, menurut rangkaian sosial.
Pemohon seterusnya boleh menambah, mengedit dan mengkaji borang sebelum menghantar mereka, menurut Facebook.

Wakil syarikat yang mengendali laman perniagaan di Facebook boleh memeriksa permohonan dan seterusnya menghubungi calon berpotensi menggunakan perkhidmatan perhubungan teks Messenger.

Facebook berkata ia menguji alat baru tersebut di AS dan akan melancarkannya di sini dan di Kanada pada minggu-minggu akan datang.

Microsoft baru-baru ini melaporkan satu pertambahan dalam keuntungan dalam suku terakhir, menunjukkan pemerolehan dalam komputer awan dan bidang tumpuan baru lain tatkala ia menyerap rangkaian sosial LinkedIn.

Syarikat teknologi AS itu, yang sedang beralih daripada kebergantungan pada perisian kepada pelbagai perkhidmatan yang lebih meluas, berkata pemerolehan LinkedIn menambah pendapatannya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun itu tetapi melambatkan keuntungan.

Microsoft juga memiliki sebahagian kecil Facebook disebabkan pelaburan dalam rangkaian sosial itu kira-kira satu dekad lalu. - AFP