Thursday, February 23, 2017

Benarkah Wanita Berpunggung Besar Cenderung Berumur Panjang Dan Memiliki Anak Pintar?

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Huffington Post, tahap kolesterol perempuan yang mempunyai punggung besar cenderung lebih rendah dan rangsangan metabolisme gula mereka juga lebih tinggi.


Penemuan tersebut dihasilkan daripada kajian terhadap 16,000 responden perempuan. Selain kesihatan, kajian ini juga mendedahkan bahawa perempuan berpunggung besar cenderung untuk mempunyai kanak-kanak lebih pintar. Mengapa demikian? Sebab, pengambilan lemak omega-3 mereka tinggi, yang mana kandungan ini sangat baik untuk perkembangan otak janin.

Hasil kajian yang disiarkan dalam International Journal of Obesity University of Oxford pada tahun 2010 juga membuat kesimpulan bahawa perempuan dengan "bamper" besar mempunyai risiko terkena penyakit kolesterol, diabetes, dan penyakit jantung lebih rendah.
Dengan begitu, kita boleh menyimpulkan bahawa potensi Kim Kardashian berusia panjang lebih besar berbanding dengan Kate Moss.

Jadi bagi anda yang mempunyai punggung montok, jangan minder dan menutup diri, yang perlu anda lakukan adalah merasa bangga. Sebab, dengan saiz punggung yang berisi, kelak anda akan melahirkan generasi penerus yang akan mengharumkan nama bangsa. Hebat kan?

| SBP